the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Thursday, October 1, 2015

Siapa yang tak nak kahwin?

Hai,

Bila nak kahwin? Sampai umur berapa?
Soalan yang merunsingkan kepada remaja sekarang ni.

Siapa kata tak nak kahwin?
Siapa kata tak inginkan impian bersama yang tersayang?

Mungkin, belum ada rezeki.

Disebabkan ekonomi meningkat, banyak perkara perlu difikirkan.
Walaupun kahwin ikut kemampuan tapi perlu fikir juga harga barang yang mahal.

Jawapan.

Doakan lah, in shaa allah ada rezeki kepada yang nak mendirikan masjid.

Aamiin.



Sunday, December 7, 2014

Bila?

Bila agaknya sang putera akan hadir?

Menunggu waktu dan ketika hadirnya.
Ku pandang kiri kanan hadapan belakang tapi tiada..

Siapa dan dimanakah dia?
Aku menunggu...

Bukan tak sabar, aku sabar.
Cuma berfikir sejenak layak kah aku?
Layak kah untuk mendapat sang putera?!

Sabarlah..

Ada.. tapi belum masa & ketikanya mungkin.

Aku redha.

Monday, July 14, 2014

iftar alone..

Today.
Iftar alone..
Nak masak apa? Tinkkkk!
Ikan kembung sambal, sayur kangkung goreng belacan dan telur dadar.
Itu je dalam fikiran. Balik kerja terus beli ikan, sayur..

Sesampai dirumah terua salin baju memulakan misi wrestling di dapur. Hee..

Taraaaaaa Siap sudaahhh.. tapi ni macam utk makan 3orang Jee. Huuu..

3

Friday, July 4, 2014

Perjalanan..

Perjalanan..
Perjalanan yang aku langkahi..
Perjalanan yang lurus..
Perjalanan yang berliku..

Benar kah perjalanan ini yang aku perlu lalui atau aku perlu berhenti disini sahaja?

Buka dan celik mata bahawa ini sememangnya
perlu aku lalui dengan memperbetulkan sendiri agar ianya tidak berliku..

Masih jauh lagi perjalanan..

Sabar ya..

Bila sampai ke destinasi akan rasai kebahagiaanya..

Sunday, March 30, 2014

Kau tempatku berlindung..

Ya Allah..
Kepada kau tempatku berlindung..
Kepada kau tempatku mengadu..
Kepada kau tempatku bermohon..
Kepada kau tempatku berdoa..
Kepada kau tempatku merintih..

Ya Allah..
Dugaan apakah yang kau tunjukkan kepada kami rakyat Malaysia?
Adakah ini petandanya akan sesuatu yang perlu kami sedari?
Adakah ini petandanya untuk kami berhijrah untuk lebih dekat denganmu?

Ya Allah..
Hari semakin hari setiap perkara yang berlaku,
membuatkan aku berfikir sejenak akan apa maksudnya..
Membuatkan aku makin ingin cuba mengenalimu..
Membuatkan aku makin ingin sentiasa dekat denganmu..

Ya Allah..
Jika ini yang kau tunjukkan kepadaku,
aku bermohon kekuatan untuk aku dekat denganmu..
Agar aku bisa sentiasa mengingatimu..