the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Tuesday, December 27, 2011

✿ Maaf , agak busy selepas ini .

Hai korang..

Lama juga tak berblogging ni . hihi . Sejak banyak hal ni memang jarang laa nak berblogging . So , masa yang terluang ni larh nak share . Banyak perkara yang dah miss nak entry kat sini .

By the way , maaf . Mungkin selepas ini Masz agak busy sikit . Mungkin jarang nak berblogging ni . Al-maklum Masz dah dapat kerja part time . Rezeki dapat juga kerja sambilan . Dari duduk terperuk kat hostel bosan juga . Dari mengadap lappy 24/7 pun boleh jadi mereng juga . Hihi..

Sebenarnya ada sebab kerja part time ni . Fer the 1st thing untuk tambah duit perbelanjaan . Faham-faham aje lah student ni kan orang cakap "sengket" . Kena selalu saving aje sampai benda lain pun kena tahan je . Nak nak pula bab-bab shopping neyh . Haiiii... mana nak tahan . Hihii.. Then 2nd , saja nak busy kan diri.. sebabbbbb.. syhhhhhh rahsia :p

Hihi , itu la sebabnya :D
Fuhh , diharap sangat-sangat boleh bahagikan masa bekerja & study . Hope sooooo!
Semoga dapat laaa manage time dengan betul . Tak nak laa nanti sampai tak pergi class or tak buat assignment . Hope dapat laa manage dengan betul . Aminnnnn...

Saturday, December 17, 2011

✿ Terima Kasih Sayang :)

Terima Kasih sayang untuk harini .
Hargai sangat . Happy sangat . Speechless ;p
Terima Kasih belanja singlet & short pants :)
Terima Kasih belanja makan pizza hut harini :)
Terima Kasih bagi kucupan kedua-dua belah pipi sebelum balik :p
Terima kasih melayan perangai mucux didiey harini masa nak pilih pakaian ;p
Terima Kasih bagi perut didiey untuk hunn harini , demokkk , muncetttt :DDD

Terima Kasih kerna senantiasa bersama hunn :')
ILOVEYOUDIDIEY :D

Saturday, December 10, 2011

✿ Punca Selsema & Cara Mengatasinya

AuuucchhhuuuuummMMMmmmmm !!!
Errrkk.. sorry.. Sejak in few days neyh , aku kurang sihat sikit . Period time ! Biasa la mood pun kurang waras.. Hihi.. Btw , flu neyh membuatkan aku rasa nak gunting aje hidung neyh . Fuhhh , geram betul . Hidung dah macam badut merah semacam . Yang tak henti-hentinya BERSIN jela kerjanyaaa.. Dengan bantuan dari google , aku try search mengenai Punca & Cara untuk mengatasinya.. Mehhh nak share kat korang..


PUNCA SELSEMA & CARA MENGATASINYA :-


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.


Gejala-gejala

Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika

Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
Elakkan
Tabiat-tabiat yang baik
Pencegahan


Amalkan gaya hidup yang sihat.
Makan makanan yang seimbang.
Senam selalu.
Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
Tidur secukupnya.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Merokok.
Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Berehat
Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
Inhalasi (sedutan).
Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.
Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.

Thursday, December 8, 2011

✿ Hope

Hari ini adalah hari yang aku rasa hari yang membuatkan aku asyik berfikir .
Banyak benda yang bermain di kepala . Mengenai siapa diri aku , mengenai tahap kesabaran aku , tahap ketabahan aku , mengenai tahap kekuatan aku ..
Siapa aku pada mereka ? Bolehkah aku menjadi yang terbaik di mata mereka ? Bolehkah aku menjadi harapan mereka ? Berteka-teki . Aku bingung , aku menjadi takut , aku menjadi tidak yakin pada diri aku sendiri . Aku menjadi tidak kuat untuk menepuh semuanya ..

Harapan aku pada mereka , pada masa hadapan aku . Harapan dengan penuh beribu harapan . Aku berjanji untuk menjadi yang terbaik dan terbaik di mata mereka . Meskipun aku tidak dapat menjadi SEMPURNA di mata mereka . Tetapi aku akan cuba menjadi yang TERBAIK !!

Aku akan tetapkan pendirian aku seadanya . Agar dihormati , diberi kepercayaan supaya tidak direndahkan oleh sesiapa sahaja . Aku akan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang aku inginkan . Walaupun agak sukar sekalipun , aku akan cuba tanpa berputus asa .

Hanya pada yang satu , hanya pada-NYA aku berdoa , bermohon . Agar semua yang aku lakukan diredhai , dimurahkan rezeki . Aku akan berusaha . Meskipun sebelum ini aku telah rebah berputus asa dengan semua yang aku lakukan . Tapi , tidak sekarang ini . Aku pasti akan cekal , kuat untuk harungi segalanya..

Ya Allah , kau permudahkan lah segala urusanku , murahkan lah rezeki aku . Hanya padamu aku berserah , berdoa & bermohon . Aminnn Ya Rabbal Alaminnn...

Sunday, December 4, 2011

✿ Nasi Lemak :)

Hari ini menu aku adalah Nasi Lemak . Fyi , this is the 1st time aku masak Nasi Lemak sendiri . Tapi bukan aku seorang yang menyediakannya . Aku bersama dengan housemate aku Erah . Disebabkan hanya kami sahaja yang ada dekat rumah neyh , maka kami berdua sahaja yang menyediakannya . Oleh kerana yang lain balik ke rumah parents they all . So , disebabkan dari semalam lagi teringin nak makan Nasi Lemak . Hari ini adalah masanya . Jeng jengggg.. Before aku tunjukkan fotonya , aku nak share kan resepi dahulu . Hihi .

Resepi Nasi Lemak :

Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)

3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
Boleh dihidangkan dengan telur rebus dan ikan bilis goreng.

Haaaa... jeng jenggg jenggg... inilah hasilnya . Time nak masak nasi tu laaa yang risau sikit . Takut tak cukup air , santan . Hihi . Bila dah masak alhamdulillah jadi la juga dari tak jadi langsung . Huhuuu.. Jemputttt....

Thursday, December 1, 2011

✿ Seseorang yang bergelar 'Abah'

Abah..
Rinduunyaaa nak sebut perkataan "Abah"
Bukan tak pernah sebut . Tapi hanya pada "Abah Tiri"
Tapi bukan kepada "Arwah Abah"..

Cemburu melihat "Abah" orang lain menghantar & mengambil dari sekolah .
Cemburu melihat kemesraan mereka bersama "Abah" mereka .
Cemburu melihat orang lain ceritakan mengenai "Abah" mereka .

Aku ???
Apa yang boleh aku lakukan ? Hanya diam , tabah & redha dengan semuanya .
Apabila terkenang pada zaman sekolah dahulu , dihati tersimpan sejuta perasaan cemburu melihat rakan-rakan atau orang lain yang masih mempunyai "Abah" kandung mereka .

Melihat "Abah" mereka dapat menghantar ke tuisyen . Tapi aku hanya dapat menumpang tapi bukan dapat merasai keadaan seperti itu pada realitinya .
Jikalau aku ditempat mereka , pasti aku tidak akan mensia-siakannya . Akan aku menghargai segala yang dilakukan oleh "Abah"..

Dari kecil sehingga dewasa , aku tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang "Abah" kandung . "Abah" tiri & "Abah" kandung adalah berbeza bagi aku . Aku terasa ingin sekali merasai detik-detik itu dari aku kecil sehingga dewasa . Tapi apakan daya aku . Allah lebih menyayanginya.. Aku redha dengan ketentuannya. Al-Fatihah..

Hanya "Mak" aku tempat aku gantikan kasih sayang aku . Aku hargai segala pengorbanan yang diberikan oleh "Mak" aku . Jika aku ditempatnya , mungkin aku tidak sekuat "Mak" aku . Jasanya akan aku kenang sehingga akhir hayat . Janjiku untuk menjagamu , mendoakan kesejahteraan yang sentiasa . Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, November 24, 2011

✿ Keinginan menakluki jiwa !

Hehe , ape laa maksud title di atas neyh ya ?
"Keinginan menakluki jiwa" Scary je dengar kan ? Haha .
Neyh nak habaq mai , jiwa ini sedang asyik berfikir , bagai ditakluki jiwa yang diingini akan sesuatu ..

Nak dijadikan cerita aku neyh nak bagi tau apa yang aku gila-gila kan , impikan , bayangkan , inginkan , mahukan & etc.. Kalau nak details sume takut habis 2 pages je neyh . Huuu..
Of course dalam hidup semua ada perasan INGIN akan sesuatu kan ? Termasuklah aku dalam situasi begini :D

Tapi aku mengaku yang aku neyh memang laaaa KUAT BERANGAN . Ahhh , pedulikan apa yang orang ingin kata . Coz kadang-kadang apa yang kita berangan tu sesuatu DOA . Mungkin suatu hari tiba waktu keinginan yang diingini tuu kita dapat milikinya .

Ehemmm , nak tahu ke senarai yg MASZ neyh angan-angan kan ? HAHA (tak tahu malu)
But , tade la details hampir semua nak cerita . Kalau nak cerita semua faham-faham la jadi ape page neyh . HAHA .

Aku tak sabar nak grad , nak kerja dapat duit pokcet sendiri , beli apa sahaja yang diinginkan selama neyh . Habis belajar , nak simpan duit untuk beli kereta , simpan yang mampu dapat beli rumah ke haaa.. Tapi kan , tak nak beli rumah macam condominium ke , flat ke , apartment ke . Tak minat ! Nak tahu sebab ape ? Sebab tak ada halaman sendiri . Hehe.. Yela , for sure bila dah kahwin ke , dah dapat anak boley bawa main kat halaman rumah ke , minum petang kat halaman rumah . Haaa.. sweet kan ? :D
Then lagi satu , kalau stay dekat apartment ke what so ever yang seangkatan dengannya , macam tak bergaul dengan orang . Jiran-jiran buat hal masing-masing . Susah jugak macam tu . Sampai jiran sendiri pun tak kenal . Emergency case pun kena la fikirkan jugak . If ada emergency kan , nak minta tolong sape kalau bukan jiran kita . Haaa.. Pengalaman stay di condo skrg neyh as a student , thats why laaa dah tahu sangat .

Haaaa.. byk lagi tau yang bermain diminda . Nak jage my family , nak tolong apa yang patut , apa pun for the 1st day kalau dapat kerja tetap nanti , satu IMPIAN , NIAT yang telah di NIAT di hati . Hanya my doraemon & Allah S.W.T sahaja yang tahu apa NIAT dihati pada waktu itu :D (tidak sabar sangat)

Ehemm ehemmm , hati neyh pun gatai macam dah nak kahwin aje . HAHA . Hope dapat jugak kumpul duit sikit untuk spare kahwin nanti . Kalau ada jodoh ade la . Ape pun kata orang spare tu HARUS :D
Doa tu always . Semua nak kan yang terbaik ..

Hehe sekian aje lah ya setakat neyh aje yang dapat kongsikan . Huhu . Terlebih-lebih nanti pulak buat malu sendiri aje nanti . Hehe .
Ape pun semoga kehidupan yang akan datang lebih cerah , baik , dimurahkan rezeki , berjaya dalam hidup & amalan yang dilakukan diberkati . Aminnnnnn... :)

Monday, November 21, 2011

✿ Rindu

Rinduu , amat rindu sangat .
Rindu pada siapa ? ehemm , rindukan si dia laa..
Rindu semuanya tentang dia .
Ya , perlu memahami keadaan sekarang yang tidak mengizinkan .
Kuatkanlah hati aku untuk bersabar menghadapi semuanya .

Setiap hari ku doakan agar kita dapat bertemu lagi dengan penuh rasa kasih sayang & kegembiraan . Aminnn..

Saturday, November 19, 2011

✿ Cinta Ibarat Angin Malam


Hehe , Means CINTA bagi aku .
CINTA IBARAT ANGIN MALAM . My doraemon pernah tanya apa makna CINTA bagi aku .
Hikhik , Aku hanya menjawab CINTA bagi aku adalah ANGIN MALAM , simple answer ;)

KENAPA ? Soalan yang diberikan..
Oleh kerana , CINTA ITU TIDAK DAPAT MELIHAT TAPI DAPAT MERASA . Sebagai contoh seperti Angin Malam . Kita hanya dapat merasa angin malam itu tapi tidak dapat melihatnya .
Lagi soalan yang diberikan , tetapi kenapa perlu dalam banyak2 angin kenapa perlu angin malam ?
My answer : Oleh kerana angin malam adalah angin yang sayu , tenang , sejuk yang bisa merasai ketenangannya :)

Kalau nak diikutkan CINTA tu banyak maknanya . Tetapi ini adalah pendapat makna CINTA bagi aku ;)

Sunday, November 13, 2011

✿ Her history...


Mengenai seorang perempuan yang bernama Nur(bukan nama sebenar)
Kisah hidupnya yang banyak ujian yang perlu ditempuhinya..
Adakalanya suka & duka . Rintangan yang diharunginya seperti secukup rasa . Masam , manis , pahit , masin . Sejak kecil yang dahagakan kasih sayang.. Setiap ujian yang dilaluinya sudah menjadi asam garam dalam lumrah kehidupannya . Namun , segalanya dia redha , akur dengan ujian yang diberi . Teliti , tabah , sabar , kuat untuk mengharunginya . Sungguh tegar hatinya dalam meniti setiap saat kehidupan yang dilaluinya . Tangisan beribu titisan air mata yang telah banyak ditangiskan olehnya . Bak kata orang menangis bukan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah . Tetapi padanya adalah ubat untuk dia meluahkan rasa sakit , peritnya . Setiap tangisannya adalah semangat untuk dia meneruskan kehidupannya yang telah ketiadaan bapa sejak dari kecil lagi . Tetapi sekarang dia sudah mempunyai ayah tiri & ibu kandung yang membesarkan adik-beradiknya yang lain.. Waktu persekolahannya adalah waktu dia sedang berada dalam kesusahan , sedang berada dlm banyak ujian getir yang harus dilaluinya . Kawan-kawan adalah segalanya padanya pada waktu itu . Akan tetapi pada waktu dia dalam kesusahan , kehibaan , kesedihan , tiada siapa yang tahu , pada waktu itu dia amat memerlukan seorang teman/kawan untuk meluahkan . Tetapi dia pasrah pabila melihat kawannya seakan tidak dapat mengizinkannya untuk meluahkan segalanya . Sehingga ke hari ini dia hanya mendiamkan tidak ada satu orang pun ketahuinya . kekasih hati ?? kekasih hatinya ? Hanya tahu keseronokkan , tidak pernah cuba mendalami isi hatinya yang dalam kesedihan , dalam masalah . Tidak pernah cuba untuk bertanya , memahami .. Yang berlalu , dia biarkan berlalu . Waktu bersama kekasihnya yang sudah bertahun bersama dalam sekelip mata dia dapat melupakannya dengan serta-merta . Mungkin agak kepelikkan jugak jika kita sudah bertahun-tahun bersama , tetapi dapat melupakannya dengan mudah serta-merta . Betapa nampak keperitan sakit yang dilaluinya pada kekasih hatinya . Hari demi hari , pabila dia sudah tamat belajar di sekolah menengah , kehidupan yang dilalunya ketika semasa bekerja . Segala penat , lelah , perit , getir dilaluinya juga walau bagaimana sekalipun berat kerja yang dilakukan . Makan tidak menentu , tidur tidak menentu , penat tidak sempat untuk berehat ..

Mengenai cintanya ??
Banyak dugaan yang dilalui .. Cintanya banyak kontra . Ketabahan , kesabaran yang banyak dia perlukan . Ketawanya hanya sementara . Betul kata orang , apabila bercinta semuanya indah belaka . Apa yang orang kata , semuanya tidak betul . Tetapi dimatanya kekasihnya adalah satu-satunya . Itulah yang dikatakan cinta itu buta . Pa yang terjadi dia banyak berserah pada yang maha esa . Dia hanya menunggu saatnya untuk berhijrah kepada yang maha esa...

Thursday, November 10, 2011

✿ Apa itu Kasih, Sayang & Cinta ???


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan , namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza . Pengertian 3 perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami . Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih , sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit .

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya . Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya . Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani .

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia . Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi . Anda mungkin menyayangi sahabat anda , keluarga anda , guru anda atau sesiapa sahaja . Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda . Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya .

Namun fahamilah , sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda . Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia . Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya . Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang .

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang . Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang . Bila mencintai seseorang , tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya , perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama .

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan . Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza . Dalam satu pepatah arab , mendefinisikan cinta itu pekak dan buta . Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain . Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri . Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain .

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan , tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati . Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal . Itulah kelebihan dan kelemahan cinta . Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia . Manusia tidak sempurna . Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa , sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta .

Tuesday, November 1, 2011

✿ New Chapter Begin 1/11/11

Bermulalah kehidupan baru bagi aku .
Selamat tinggal Oktober , Selamat Datang November .
1/11/11 adalah tarikh permulaan bagi aku untuk menempuh step yang baru .
Impian , harapan diiringi dengan doa .
Aku bersyukur atas semua nikmat yang diberikan .
Untuk permulaan yang baru ini aku panjatkan beribu-ribu doa agar semuanya yang terbaek ..

Ketabahan , kesabaran , kekuatan yang lebih aku perlukan untuk semangat yang baru .
Semua ujian yang perlu aku tempuhi aku akan cuba terima , redha .
Kata-kata semangat dari seseorang yang aku sayang terpahat dihati !!!
Terima Kasih atas semangat yang diberikan . Akan aku cuba lakukan .

Ya Allah , kau berikan lah aku kekuatan , kesabaran , ketabahan untuk menempuh semua ujian darimu . Aminnnn..

Always remember "Step by step , followed by rhythm"

Saturday, October 29, 2011

✿ Cinta VS Suka


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta , musim sentiasa berbunga-bunga .
Di depan orang yang kita suka , musim itu cuma berangin sahaja .

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku .
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum .

Di depan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata-kata .
Di depan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja .

Di depan orang yang kita cinta , kita menjadi malu .
Di depan orang yang kita suka , kita akan tunjukkan imej yang sebenar .

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta .
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka .

Bila orang yang kita cinta menangis , kita akan turut menangis .
Bila orang yang kita suka menangis , kita akan membuat dia gembira .

Perasaan cinta bermula dari kata .
Perasaan suka bermula dari telinga .

Jadi , jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka . Umpama kita membuang telinga kita . Tapi jika kita cuba menutup mata . Cinta berbuah menjadi airmata . Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka .

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta .
Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥

Thursday, October 20, 2011

✿ Anniversary

What a wonderful day :)

Genap usia 1tahun . From 20.10.2010-20.10.2011 ..
Tarikh yang membawa seribu makna dan harapan .

Pertama kali , for the 1st time .
Seorang lelaki meluahkan segalanya dengan bertentang mata .
Ku lihat renungan matanya yang penuh dengan harapan .
Tetapi pada luarannya , terpampar ketakutan, penuh harapan dari air mukanya .
Dari caranya , mukanya, percakapannya, dari erat sentuhan tangannya aku dapat merasa semuanya .
Ya , harapan yang tinggi darinya .
Aku menjadi kaku , kelu lidah untuk berkata ya mahupun tidak .
Aku tidak dapat berfikir , tidak dapat memberi jawapan .
Kelihatan dari air mukanya yang penuh dengan harapan tidak sabar ungkapan jawapan yang keluar dari mulutku .
Agak lama untuk aku memberi jawapan . Aku diam , kaku , kelu .
Sehingga perasan renungannya padaku . Tapi aku kaku .
Aku mula berkata-kata jikalau jawapanku ya mahupun tidak apakah katanya .
Semakin kelihatan ketakutan pada wajahnya , kemerahan dan juga sedikit kesedihan mula kelihatan pada wajahnya dengan kata-kataku itu .
Ya allah , aku dapat melihat segalanya dan baca dari air mukanya apa dalam hatinya berkata .
Aku cuba untuk hilangkan segala kekakuan , keluan pada diriku ini untuk cuba memberi jawapan yang ditunggu .
2 3 kali lamarannya berulang untuk aku dapat memberikan jawapan .

Bismillahirrahmanirrahim...
"YA"
"yaaa.. saya sudi jadi kekasih awak" :')
Hilang ketakutan , kesedihan dari air mukanya .
Aku dapat lihat kegembiraan padanya , kepuasan dengan jawapan yang aku berikan .
Ucapan "terima kasih" darinya . Dari bibirnya terlakar senyuman yang membawa seribu makna pada kami . Bermula segala-gala nya sehingga ke hari ini .
Ya allah , aku terlalu sayangkan dirinya ..
Pada insan yang bergelar Asyraf Adenan :')

Monday, October 10, 2011

✿ Subhanallah..


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.




Ini pula bulan pada malam ini iaitu bertarikh 9.10.11 .
Tarikh yang sangat cantik serta bulan yang sangat cantik ! Mereka namakan bulan ini adalah "Moon Ring" disebab kan ada ring di tepi bulan.. Even hari ini Masz ta dapat nak melihat tapi ada jugak kawan-kawan Masz yang dapat lihat dan sempat mengambil gambar bulan yang sangat cantik ini .

Sunday, October 2, 2011

✿ Saya suka dia :)

Saya suka semua tentang dia .
Saya suka tengok bila dia tersengih . Comel :)
Saya suka bila dia kiss hidung saya(habis basah hidung saya) .
Saya juga suka bila dia jentik hidung saya bertalu-talu(sampai muka saya mcm org na bersin , hihi)
Saya suka cara dia(kata-kata , nasihat , teguran)
Saya suka bila tengok dia merajuk , sweet :D
Padahal dalam hati saya susah hati kalau tengok dia merajuk . Hee..
Saya suka pelukkannya , best! (Spt dipeluk oleh doraemon , haha)
Saya suka diri dia , badan dia (yg membuat saya geram nak geget sebab byk isi , hihi)
Saya suka layanan dia .
Saya suka perhatian dia , sikap prihatin dia(terasa sgt dijaga dgn baek)
Saya suka dia sebab dia susah nak marah(sebab saya pun tak notty , hihi)
Saya suka bila dia cakap "didiey love hunny" . Time tu muka dia comelll :D
Saya suka bila dia muncong(if time msg) automatik saya boleh terbayang muka dia macam mane , haha .
Saya suka dia sebab dia demokk , dia nenot , dia muncet .
Dia lah DORAEMON saya :D
Saya suka cara dia settle kan any problem . (Perfect)
Saya suka bila dia selalu meyakinkan saya .
Saya suka cara dia memberi semangat pada saya .
Saya suka kejujuran yang diberikan oleh dia .
Saya suka suara dia(dlm phone) buat jantung saya bdegup kencang , berpeluh :D
Saya suka bila setiap kali keluar , dia bagi coklat FAVV saya "Cadburry Dairy Milk Roast Almond" (Tengs sayang)
Saya suka bila dia pentingkan saya terlebih dahulu dari kawan-kawan dia(nampak sayangnya pada saya)
Saya suka bila tengok dia ada ciri-ciri suami yang baik ;)
Saya suka bila dia tegas marah kalau saya tak nak makan or tak makan . Dia tak sampai hati (saya kurus sangat , ada tips nak gemok takk?? , hihi)
Saya suka My Pop Corn Cup !
Saya sukakan dia , Asyraf Adenan my only one ♥

Tuesday, September 27, 2011

✿ Struggle !

Hye semua :)

Rinduunyee na entry kat sini . Agak lame jugak kan Masz ta update blog Masz .
Been busy lately . Busy with my work fer part timer , ke kolej lagi .
Heee , biasa la tu hidup as a student camni laa..

Fer this sem , mmg Masz agak letih sikit tu ade laa..
Tak macam before this ada masa na rest ke ape .
Fer this sem class full , then time weekend pulak kerja part time .
So , masa nak berehat tu kena pandai-pandai jugak la arrange kan .
Tapi if weekend ta kerja pon agak ke'boring'an jugak la coz kalau tade assignment ke nak buat . Duduk je seharian tak dapat hasil ta berbaloi jugak kan ?
Letih kan sikit & keluarkan tenaga tu kira berbaloi jugak . Keluarkan peluh , then dapat duit . Hehehe :p

Maybe this sem agak jarang la nak balik Ipoh coz weekend always ade job . So , kene tunggu job fer weekend tade barulah dapat curik2 balik Ipoh .

✿ STRUGGLE !!!

Be more mature in whatever ! =)

Sunday, September 18, 2011

✿ Lawak Pengantin & Sejarah


MALAM PERTAMA PENGANTIN

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


PRASEJARAH

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab :

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Saturday, September 17, 2011

✿ Alone

Sunyi , sepi , bersendirian .
Berdikari sama erti hidup bersendirian lalui semua dugaan .
Kental , tabah , kuatkan diri perisai diri .
Kepala mula mengelamun , layari ombak kehidupan .
Dugaan demi dugaan , aku pasrah .

Ingin ditemani tapi perlu akur .
Fahami seadanya .
Hanya diri sendiri dapat mengawal ,
dapat kuatkan diri .

Percaya pada diri benteng kekuatan .
Ikut kata hati , itulah arah tujuan .
Lalui tanpa gusar dan takut .

Wednesday, September 7, 2011

✿ aktiviti raya

hello semua , Selamat Hari Raya lagi :D

Aktiviti raya neyh ta banyak sgt aktiviti .
Raya tahun neyh raya yang paling busan & ta meriah mcm tahun2 yg lepas .
Kenapa ? Hm , Masz sendiri pon tade jawapan :(

Tahun neyh seperti biasa beraya di kampung .
Seperti biasa kita bersalam-salaman , bermaaf-maafan .
Pagi-pagi raya jugak Masz sibuk memasak kuah laksa :D
Dlm pada itu jugak sibuk bergambar jugak . Ngee..
Bergambar suatu kemestian (wink)
Tapiii.. pada tahun ini jugak laa 1st time beraya tanpa Tok Wan kesayangan .
Amat sedih & terasa ketiadaannya .

Raya ke-2 Masz bersama saudara-mara yg laen serta Opah pergi beraya di kampung Opah di Lenggong , Perak .. Lebih kurang 1jam setengah perjalanan kami ke sana .
Sesudah sampai je , pergi beraya di rumah Mak makcik . Opah sedara la kiranya .
Woahhhhh Happyyyyyy.. Banyak buah-buahan :D
Da soru punya soruu.. pergi beraya ke rumah abg opah . Kira atuk la jgak..

Hari raya ke-5 :
Busy ke kenduri kawan Masz kahwin , Semoga Berbahagia & berkekalan .
Then ke Open House rumah kawan Atika Rosli .
Masz dapat jumpa kawan lama :D
Petang tu kami bersama menonton wayang spend time bersama .


Wee , dari kiri Eyda(Dayah) , Caril , Ara & Masz .

Ini jela aktiviti raya Masz tahun neyh . Agak busan kan ?
Btw , Nextweek da start my New Sem da .
Hope Sem2 yg akan dtg akan mnjadi lebih baik & dapat focus lebih :D

Friday, September 2, 2011

✿ me in green

Assalamualaikum semua :)


Haa , me in green :D
Ini lah tema raya Masz in 2011 . Same with him ;)
This year Masz wear shawl . Err agak-agak okay taa ?
Matching taa ? Neyh pon shaky je tangan try pakai . Huuu..
Tapi kenapa this year Raya mcm ta raye je eyh ? cepat je masa kan ?
Btw , hope afer this semua diredhai & diberkati dlm apa jua yg dilakukan . Aminnn..

Actually , this year mmg tahun yg simple bagi Masz . Baju kurung pon plain . Simple . Then , banyak berjimat :)

Btw , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA :D

Tuesday, August 30, 2011

✿ Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Weeeeeee~
Seronoknyeeee.. Ta sabarnye naa tunggu esk pagi .
Ta sabar naa pakai baju kurung raya (^o^)
Esk pagi2 naa bertolak balik kampung , ehemmm . Dekat je pun . Huuu..

By the way ,
Masz kat sini na ucap :


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN serta SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua ~

Thursday, August 25, 2011

✿ Akhirnya.. Ohh HIJAU :D

Heyyo peeps :D

Kelegaan menusuk hinggap disanubariku . Cheewaahhh ! Hihi .
Dalam keadaan menggila mencari baju kurung berwarna Hijau daun pisang , Akhirnyaaaa dapat jugaaaa . Sampai ke Jln TAR mencari ohh . Wuuhuuuu ~

Bukan tak ade yg berkenan or yg berwarna hijau . Tapi terlalu over sgt laa pulak . Dgn labuci segala.. Haiyaaaa... Crowded ! Then size pon susa naa dpt :(
Masz naa kan yg simple je . Nice2 aje :)

Haaaa , tahun neyh theme my fam & fam Rulf same :D
Woahhh suke suke sgt :p

Akhirnyaaaa (sekali lg) dpt jugakkkkk ! Alang2 balek KL lik , trus singgah ke Jln TAR .
Jln punya jln akhirnyaaa jumpe & dapat laa jugak yg berkenan :)
Jln rilex2 je ta rushing2 . Thats why tade laaa penat sesangat . Kaki pon okay je tade la wat hal rase naa tercabut ke ape . Huuuu..
Naakk tahu baju Raya Masz macam mane ? Mane ley tunjuk skrg . Ta surprise la nanti . Tunggu menjelang raya kay ;)

Woahh semuanyaaa legaaaa.. Now da start cuti sem , exam pon da abes . Legaaaa sgt . Now bz meniaga jela . Haaa pada sesiapa yg ingin menempah songkok or beli click kat link neyh 'mypustakaaljilani.blogspot.com' Boleeh laa membeli or menempah secara ONLINE . Semua include postage .

Plus , taa sabaaa nak raye . Fer this year , ala kadar je shopping . Ikut kemampuan kan . Now da jadi student , pembelian pon terhad jela :)

By the way , SELAMAT BERPUASA LAGI YE :D

Saturday, August 20, 2011

✿ Final exam



So this is the start of the exam season fer me !

Btw , now 3.24AM .
At 8.00am Masz perlu bangun untuk pergi ke kolej coz exam .
Exam bermula pada jam 10.30AM-12.30PM . Then continue to other paper at 1PM-3PM .
Goshhh hope everthing will be okay & Masz dpt jawab soalan dgn baek .
Nervous yaa amat . Btw , Masz baru je lepas study .
Just refresh2 aje . Tapi nak tumbuh akar jugak laa kat kepala otak neyh :(
Agak rushing jugak laaa na study tadi .
That's why I am 'uber revising' now & trying to get good grades this summer .

Haaa , then malam nanti jugak Masz akan pulang ke Ipoh :)

Ape2 pon , all the best to me fer tomorrow exam . Fuhhh..
Bermula dengan Bismillahirrahmanirahim..

Friday, August 19, 2011

✿ 1st time =)

Heyy korang :)

Harini hari yanggg palingggggg Masz Happy sgt2 .
Today berbuka puasa dengan my boyfie . 1st time tau berbuka puasa same2 .
Btw , kami wear baju melayu & baju kurung (^o^)
Sweet gitu :p
Haaaaa , yg itu pon 1st time jugak . Keluar dgn wear baju mlyu & bju kurung.
Hihi.. Btw , ade lg yg 1st time . Tapi RAHSIA . hihi :p

Haaaa tmpt pilihan adalah Kg.Baru .
Restoran yg pernah kami makan kat situ .
Sedap tau makanan kat situ . Marvellous !! Hihi..
Kenyang ta terhingga rasenye . Wuuhuuuu~

After da melantak kekenyangan .
Kami singgah solat mghrib & isyak di Masjid Kg.Baru .
Tenangnyee jiwa :)

Hope ade rezeki next year dapat la berbuka puasa lagi sama2 :D
Aminnnnnnnnnn...
Ooyyeeahhhhhh !!


Haaaa ini laa pic kami =)
theme : dark pink

Tuesday, August 16, 2011

✿ tomorrow - presentation

Assalamualaikum wbt .

Esk Masz da naa presentation utk subject Principle of Advertising.
Secara grouping . Woahhh , hope esok semuanya berjalan lancar coz kteorg betul-betul da bertungkus-lumus naa siapkan dgn kadar segera coz 2weeks neyh masing-masing busy dgn kerja masing-masing , assignment lagi . So , discussion tuu terhad .
Masing-masing buat kerja pon agak rushing jugak .
Apepon , hopefully esk everything will be okay . Then presentation kteorg pon hopefully tade laa shaky sangat . Heee.. Coz neyh melibatkan final project & marks yg byk .

Bilaaa fikirkan assgnment semua , alih-alih sabtu neyh da start Final Exam .
Errrkkk , apepon ta study lagi :(
Macam mane neyh ? Hope semua kerja settle fer this week jugak . coz na ade ruang naa study pulakk .

Habis aje Final Exam , bolehh laa balik IPOH (^o^)
Yeayyyyy.. Seronoknyeee..
Then , terus kita sama-sama merayakan Hari Raya yg mulia . Hihi :p

Habis pulak cerita about Final Exam , Raya . Maka , habislah untuk Masz semester neyh . Lepas raya masuk laa New Semester .
Woahhh Masz hope sangat cepat-cepat habis study .
Eh ehhhh , bukan cepat-cepat naa kawen . Hihi , tapi naa keje .
Nak duit pocket sendiri , kereta sendiri . Ooyeeaaahhhh :D

p/s : HOPEFULLY EVERYTHING WILL BE OKAY .

Saturday, August 13, 2011

✿ 3 Rahsia Wanita

Mesti ramai di antara korang yang selalu pening nak memahami perangai wanita kan ? Memang wanita ni susah untuk difahami . Susah jugak kita nak jangka apa yang diorang fikirkan.

Okay, untuk artikel kali ni akan beritahu apa yang korang PATUT TAHU tentang wanita untuk pikat , menangi hati diorang dan dapatkan cinta diorang .


1) Apa yang wanita betul-betul mahukan adalah ‘romance’!!


Jika korang betul-betul ‘syok’ kat sorang awek ni , bagi apa yang dia nak . Sesetengah lelaki akan menggelabah bila dengar perkataan ‘romance’ . ( Sila jangan berfikiran kotor okay ! ) Korang tak perlu lah susah-susah perah otak atau habiskan banyak tenaga untuk pastikan apa yang korang buat tu betul.

Biasanya , jadi romantik ni bermaksud berikan wanita perhatian yang diorang nak . Diorang cuma nak / perlu untuk dapat rasakan yang diorang ni wanita yang paling penting pada korang . Paling sweet , paling cantik dan yang paling baik dalam hati korang . Jika korang dapat cari cara untuk kukuhkan kepercayaan diorang , bukan saja dapat pikat , malah dapat jugak kekalkan diorang di sisi korang selama yang korang nak !

Romantik perlukan kos yang tinggi ? Tak jugak ! Apa yang korang perlu buat :


~ Tanya apa yang dia lalui sepanjang hari .
Contoh kalau awek korang ni student : tanya ’hari ni kelas macam mana?’

~ Bagi nota kecik (kertas kecil atau kertas memo) dengan pelbagai cara dan kaedah untuk beritahu yang dia sentiasa dalam fikiran korang
Yang ni perlukan sedikit kreativiti.

~ Jika dia masakkan makanan untuk korang , cari cara untuk beritahu ” Awak memang Terbaik! “


2) Tunjukkan yang Korang Ambil Berat!


Contoh :
~ Ajar dia bagaimana untuk buat blog tentang binatang favv dia.
~ Ajar dia bagaiman hendak install ke apa-apa shj .
~ Ajar dia supaya dia faham tentang hobi / kegemaran korang.

Pendek kata , janganlah offer kan penyelesaian je . Kena betul-betul sabar untuk terangkan dan ajar dia dari ‘A sampai Z’ walaupun bukan senang nak mengajar . Kebanyakan orang tak sabar sangat untuk mengajar atau tunjukkan cara buat . Kebanyakan orang cuma nak cepat settle . Korang boleh menangi hati dia kalau korang boleh jadi seseorang yang BERBEZA dan ISTIMEWA .



3) Wanita suka Lelaki yang Nampak Seperti ‘ Terikat ‘ dan ‘ Tak Terikat’ Dalam Masa Yang Sama.

Nampak macam korang hidup dalam dunia sendiri je . Wanita akan kagum dengan kebolehan korang ‘maintain’ kan life dunia korang DAN juga maintain kan hubungan cinta di masa yang sama . Korang tak risau banyak dan nampak macam simpan sendiri perasaan korang . Untuk jadi ‘ lelaki’ macam tu, korang kena lengkap dari segi fizikal , minda dan jiwa . Korang tahu cara nak dapatkan ‘hidup yang indah’ dan kekalkan kebahagiaan perhubungan korang dalam masa yang sama .

Knowledge is power ! Makin banyak yang korang tahu pasal wanita , tahu apa yang diorang fikir dan tahu kenapa diorang berperangai macam tu , maka korang akan semakin berjaya gembirakan dan puaskan hati pasangan korang dalam pelbagai cara .



✿ bodoh ke kau ? Tapi kesiann..

Macam2 ragam manusia skrg kan ?
Pelik2 je.. Nak pulak budak2 skrg .
Nak kate ta matured , da cukup umur daa..

If bab CINTA korunk neyh na kate FAILED ,
hmmm... yela kot .
Kadang2 kesiannn , tapi BODOH .
I don't want to say like that but it's TRUE .
Kadang2 nak tergelak punn ade tapi itulaahh kenyataannya .
Org lain nak tolong , nasihat tp disebabkan cinta , BUTA semuanya .
Ikutkan hati nak jee aku MAKI , MARAH tapi kesabaran tu ade .
Nanti dikate menyibuk relation org .
Hati neyh geram , kesiannn..
Ikut kau laa budak oiyy..
Kau aku nak kate BODOH , mmg skrg kau BODOH .
Tapi aku kesiannnn tgk kau .
Dunia duniaaa... pelik !

Mengenai kisah cinta 3 segi .
2org perempuan bersama seorg lelaki .
Bodoh nye kau kan ? Buta !
Boyfriend sendiri depan2 kau bersandiwara dgn ppuan lain .
Bukan kau ta kenal . Then ppuan tu pulak sbnarnye dah jadi milik lelaki lain .
Tapi masih menggatal dengan kekasih org .
Diberi nasihat , diberitahu . Bila dipujuk boyfriend nya , terus percaya .
HAHAHA , mmg lawak . Mmg BODOH !
Senang dipujuk rayu . Walhal belakang kauu ?
Kami yg tahuuu.. Tapi kau tak percaya .
Cakap jgn amek tahu hal kami berdua kunon . hmm..
We will wait & see ! Sampai mane kau na percaya .
Kiteorg kesiannn , kesiann kat kau .
Nanti merana jgn terhegeh maluuu..
Menyampahh sangat . depan2 kiteorg tade perasaan maluuu..
Pelik betul laaa..

Tak sabar nak bertepuk tangan suatu hari terbongkar & baru kau nak percaya!
Time tuu aku akan ketawa besar !
Ini laahh budak skrg yg baru nak belajar erti CINTA , KASIH SYG .
BUTA semuanyaa... ini baru titik permulaan..
CINTA itu sakit wahai adik2 ku..

Si perempuan yg sudah diikat oleh lelaki lain masih menggatal dgn kekasih org lain .
Pelik betul . Berpegang tangan , bermesraan .
Keluar berdua , rapat2 . Heyy itu dahh lain . Bukan kawan tu namenya kalau hati tak kate sayang . If with me , don't be lie okay ?
Bab CINTA , aku da khatamm.. Da penah rase semuanyaa..
Sakit , perit , kenapa , mengapa , sebab ape , semua aku faham , da hafal !
Bukan nak berlagak , tapi itu lah kenyatannya .

Depan korg boleh tgk aku cam korg , banyak main2 ,
kadang2 macam budak2 , tapi bab2 neyh aku paling ta suke !
Jangan pandang org pada luarannya aje .

1 aje prinsip if aku dlm relationship with some1 ,
Fikir b4 buat sesuatu . Adakah dia akan buat macam mane yg aku buat ?
Agak2 aku buat mcmni dye marah takk ? Ape yg aku buat neyh menyakitkan hati dia takk ? Agaknya aku buat mcm ni dia berkecil hati takk ? So , if korg boleh buat mcmtuu , fikir if couple korg pun boleh buat mcm mane yg korg buat ;)
Trust , of coz perlu . Tapi ade perkara yg boley kte trust him/her or not .
Fahami dia sebaik mungkin . If dapat fahami dye seadanya . Automatik korg akan tahu gerak-geri dia mcm mane . Senang nak tahu dia cara dia tipu mcm mane or tak . Kenali dia sebaik mungkin . Jujur ke diaaa ? Tahap mana kasih sayang diaa kat korg ? dari mulut mmg semua boley cakap . Tapi dari hati ??? Think about it adik-adikku..

Now , we will wait & see ..

Friday, August 5, 2011

♥ Perhatian: Kenali 10 petanda jika si dia adalah jodoh anda!


Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Selalu Berdoa semoga dijodohkan dengannya sekiranya dia betul-betul sesuai untuk kita.

Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, August 4, 2011

✿ dugaan

Selamat Berpuasa untuk hari yang ke 4 :)

03 August 2011 Hari ke-3 berpuasa .
Hari yang betul-betul mencabar keimanan aku .
Penuh dengan dugaan .
Tapi still tabah , sabar & iman yg kuat .

Waktu tengahari ,
Terpacak matahari di atas kepala ku .
Ya Allah , panas panas .
Dalam hati "Sabar Masz , sabar"
Masih berjalan untuk sampai menuju ke hostel .

Sesampai di hostel ,
Fuhhh.. tekak kering .
Dahaga..
Dlm hati "Tahan Masz.."

Keletihan .
Terus berlabuh di tilam bersama Bobo kesayangan .
Celik mata , 5.34pm .
Bersiap , pergi ke bazaar .
Fiuhhhh ramainya orang .
Dugaan di bazaar .
Tahaaannnn... Sabar..

Waiting fer 'Azan'
Alhamdulillahhh..
Dugaan sabar hari ini ,
aku dapat berpuasa untuk hari ke-3 .
Aminnnn.. Syukur nikmat .

Sunday, July 31, 2011

✿ Happy Fasting



Masz nak ucap ;
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kpd semua.. :)

Semoga puasa tahun neyh & raya tahun neyh diberkati serta dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan :)

Jangan ponteng2 puasa tau ?
Esok bermulalah kita sama2 berpuasa pada hari pertama Ramadhan .
Malam neyh da boleh laa start terawih .
Semoga pada ramadhan ini lebih diberkati .
Aminnnn :)

Saturday, July 30, 2011

✿ sadness

Sedihh .
Tiba-tiba aje .
Nobody knows .
What is lacking ?

Hm , really ?
Or just a feeling ?
It's playing in my mind .
Is it true ?

Common Masz .
Think positive .
Be matured !
It's only perception .

Believe in yourself .
Be yourself Masz .
When the times comes ,
it will move towards youu Masz .
Believe it .
It's your turn .

When at the time ,
all will be owned by you .
Plz Masz , believe in yourself .

Strengthen the spirit .
You'll succeed !

✿ Have lots of prayer & effort .
Aminnn..

Friday, July 29, 2011

✿ bad day

Hurmm , so tired today .
Wake up about 6.15am .
Mandi , siap2 berbaju kurung .
Da siap make up , cantik2 .
Then dgr kat luar bunyi cam hujan lebat .
Lihat dekat tingkap lua , HUJAN LEBAT .
OMG ! So how ? Macam mane Masz nak turun tunggu bus utk ke kolej ??
Terlalu lebat . If pakai payung pun , confirm lenjun jugak :(

Then , decide . Tak pergi ke kolej .
Continue tido then ready set alarm 10am .
Kunon-kunon bangun awl cket nak masak makan .
Then mcm mane boley tersedar carik phone .
OMG again ! Now 12.05pm .
Ohhh noooo ! Sudah lewat !
Blurr . Fikir jap . Tak payah mandi .
Coz tringat pagi2 da mandi .
Just gosok gg dgn gosok mata dengan air . Then touch up cket .

Turun utk tunggu bus da kul 12.20 kat bawah .
Haishhh da berpeluh-peluh da haaa..
Mane bus neyhhh.. hmmm..
Tgk jam kat phone around 1pm . Goshhh.. Lambatnye bus neyh .
About 1.30pm bus dtg . Tak penah2 bus lambat sgt sampai mcmni skali .

Again! Jemmmmm !!
Now 1.45pm . Class start pukul 2pm .
Today ade presentation drama mini project .
Goshh.. cepat laaa..

About 2.40 sampai kolej . Lewat sudaaaa..
Apepon beli air dulu kat 7'e .
Rushing jln mcm kene kejar dengan anjing .
Sampai class my group salah wat idea .
So how na present ? :(
Pujuk Miss utk present on Wednesday , nextweek .
Fiuuhhhhh , nasib laa Miss baik hati .

Class tamat .
Ohhh again . Depan kolej Jemmm lg .
Jemm terukk ohhh !
Confirm2 bus lenseng sampai lambat .
Ahhh , Masz naik rapid bus jelaa..
Kene berdiri =.='
Penatt nyeee...
Jemmmm lagiiii.. break break break . Haihhh..
kenapa laaa jemm teruk harini kat KL ? Pelik Bin Ajaib .
Ade pesta ape pulak ? Tgk cam tade je . Nak kate Thaipusam tak jugak .
Entah laaah..

Turun bus jalan kaki jauh nak masuk kt hostel .
Penat.. Masuk rumah baru tersedar harini sehari tak makan lagi .
Damn , Masz lapaaaa :(

Tuesday, July 26, 2011

✿ excited . cute taa ??


Ngeeee.. comeyy ta ? :p
Neyh card khas fer my mom .
Rinduuuuuuu sgt . Agak lame da bape bulan jugak laaa ta balek Ipoh jumpe Family Masz . Woahhh , kerinduan neyh . Huuu..

Btw , card neyh Masz design sendiri tau . Special fer my mom .
Yang kat card tu picture Masz dengan Mak Masz laa..
Picture time wedding my sis tuu..
Tapi card neh baru je design tapi ta bagi lg .
Tunggu balik Ipoh nti baru nak bagi .
Agak-agak Mak Masz suke ta ? :p

Excited-Nyeeee nak bagi . Huuhu .
Hope Mak Masz suka laa.. Coz neyh Masz sendiri yg design :)
Apa pun hope Mak Masz terima & suka dengan card yg Masz bg neyh :)

✿ ILOVEYOUMOM..

Thursday, July 21, 2011

✿ Plz jaga attitude anda !

Assalammuaikum wbt..

Macam-macam ragam manusia sekarang neyh kan ?
Perangai manusia sekarang too weird , annoying !
Inilah yg dikatekan lumrah hidup .
Kebanyakkan mereka ta sedar dengan kebodohan , kesalahan , kesilapan
yang dorang lakukan .
Sebenarnya kadang2 dorang neyh dikategorikan seorang yg 'SELFISH' .
In Malay we call 'PENTINGKAN DIRI SENDIRI'

Haaaa.. kadang2 bukan nak mengata tapi nak dorang sedar .
Ini muka ta seberapa , lepas tuu perangai buruk .
So how ?? Cakap hanya pentingkan diri sendiri tanpa
fikir feeling orang sekeliling .

Wake up laa.. Plz wake up .
Biar muka ta seberapa tapi cuba lah perangai kita tuu elok .

Ini laaa manusia..
Ade jugak yg berlagak dengan kemewahan , tetapi hanya dengan kemewahan hasil dari titik peluh parents sendiri .
Hanya bermegah dengan kemewahan parents..
Then , perlu ke nak demand tinggi sangat ?
Sampai mana je boley nak demand tinggi2 ?
Plz don't forget , hidup neyh ade putaran roda nye .
Adakala kita naik & jatuhnyaa.. plz THINK forward .

Attitude plz laa jage .
Bahagia ke hidup dengan kesombongan diri ?
Sampai mana je ? Semua orang ada masalah , semua orang ada kesedihan ,
semua orang ada arah tuju nya .
Tapi jangan laa kita perlu tunjuk riak muka depan orang .
Ianya seolah-olah menunjukkan riak muka kesombongan dengan bak kata orang ,
muka 'masam je , munconggg je'
Bahagia ke hidup kalau macam tuu ?

THINK !
Bukan semua org sempurna . Masz pun bukan lah juga sempurna mana . Hanya ingin menyedarkan sesetengah orang yg berperangai begitu .

✿ Hidup bahagia jika hati bersih , jiwa tenang , tanpa kesombongan . Renung2 kan lah , selamat beramal :p

Tuesday, July 19, 2011

✿ kuatkan diri

Assalamualaikum wbt .

Harini Masz dikejutkan oleh berita dari adikku Eja .
Mengenai ape ? Masz tidak dapat luahkan disini .
Ya , begitu sedih , perit Masz perlu dengari .
Hanya Tuhan saja yg tahu hati ini disaat ini .

Masz sayaaanggggg sangat dengan Family Masz .
Terlalu saaaayaaangg sangat . Tak nak kehilangan dorang .

Mak , Ua rinduuu sangat dengan Mak . 30hb neyh Ua balik kaayy ?
Mak tungguuu tao ? Esok Ua call Mak ye ?

✿ Dari hati naluri : ILOVEMYFAMILY ♥

Saturday, July 16, 2011

✿ need youu !

Assalamualaikum wbt semuaa..

hmm , Masz harini not in mood laa..
Period time :(
Da laa cuaca kat sini sejuk je skrg neyh .
Now Masz pakai sweater sambil kaki balut dgn selimut .
Betul-betul sejuk sgt :(
Masz rinduu laa.. Rinduu sangat .
Rindu kat boyfie Masz la sape lg :(
I need him now . Rase na meraung panggil name dye .
Biar sampai dye ley dgr sampai terjage dr tido .
Boyfie Masz terlelap la kot sambil tgh msg tadi .
Call pon ta pick up .
Tuu laaa tadi eksyen sgt . Masz suruh tido dulu tak nak .
Cakap na teman Masz . Alih-alih terlelap jugak .
Kesian dye , dye saket kepala .
Coz pagi tadi kan dye bangun awal then smlm tido lewat .
Now da saket kepala , kesiann didiey hunny . hmm :(
Now , Masz sorg2 nak msg dgn sape ??
Sunyi la pulak . Selalu time-time mcm neyh kami SMS .
Tapi dye da terlelap dulu .
Rasa rinduu la pulak :(
Nak pulak Masz baru je tgk cerita kat pawagam baru-baru neyh .
Cerita 'Sekali Lagi' . Shaheizy Sam , Lisa Surihani & Mya berlakon .
Tengok dgn housemate Masz si Erah tuu.. Tapi tgk dr download jela .
Sweet sangat cerita tu plus sedihhhh :(
That's why kepala melayang cam rindu pulak kat boyfie Masz .



✿ bisikan : goodnyte didieyy.. ♥IMISSYOU, syhhh..syhh..

Friday, July 8, 2011

✿Hello awak ! Meh nak cerita2 :)

Assalamualaikum wbt :)

Agak lama kan Masz ta update blog Masz neyh ? Byk benda nak share tapi asyik tade mase je . Kadang-kadang nak entry kat sini pon ta sempat , letih laa , macam-macam laa.. Btw , skrg neyh Masz busy sangat . Nak tau ke busy sebab ape ? Bukan busy sibuk nak kahwin . Hihi . Tapi busy dgn assignment yang menimbun . Wat masa skrg neyh pon ade lg 4 assgmnt yg masz kene completed kan . Wadduhhh .. Busy sangat . dengan assgnmnt yg susah-susah je semuanya.. Nak buat camne . Naseb kau laaa Labuuuu . Hihi ..

Haaa , byk nak share kat sini yg lepas-lepas yg tak share . Nak cerita yg mane pon ta tahu . Ade jugak laa cerita nak bgtau ta ingat daa . Hihi :p

Fer the 1st thing , nanti Masz dapat anak sedaraaaaaaaaaaaaa.. Yeaayyyyyy ! Huhuhuhu... My sis yg kahwin tuu da preggy 5weeks daaa.. eheemm , tu namenye bunting pelamin la kan ? Hihi :p
Waahhh , nti Masz jadi 'Mak Ngah' laaa.. Waaahhh waahhhh !

Haihh , ape lg haa na cerita ?? Alaaaa byk da lupaa laa.. Al-maklum laa da lame ta update . Ape pon da ta ingt da :(

Tape laaaa , nanti lau ingat Masz update kay ? Maybe wat mase skrg neyh busy cket laa.. Masz kene settle kan semua Assgnmnt2 neyh .

What ever it is , Happy happy always & Just give a sweet smile :)

Saturday, June 25, 2011

✿ no one can't understand

No one can't understand .
Memahami isi hati , memahami kata hati .
Memahami apa yang dilalui , memahami apa yang dirasai .

Pada Masz , kisah hidup , sakit ataupun tidak ,
mereka tidak memahami , tidak rasai apa yang Masz rasai .
Diri ini tidak berbohong , tidak berselindung .

Sakit , Perit , Derita .
Mulut ini memang tidak banyak berbicara tentang diri ini
pada sesiapa . Berat , kelu lidah ini ingin berbicara .
Mulut dikunci rapi , ketat .
Hanya hati yang menyimpan segala-galanya .

Duhai HATI , Maafkan Masz .
Bukan terniat ingin menyakitkanmu .
Ya , aku simpan dihatimu . Biar tersemat selamanya .
Aku berjanji .

Panjangkah lagi ? lamakah lagi ?
Hati ini sememangnya selalu berfikir .
Bila ? Bila ? Bila agaknya ?
Ya Allah , sememangnya aku ingin selalu dekat dgn mu .
Maafkan aku..

Kuatkan dirimu Masz .
Ya , tiada siapa yang memahami dirimu setulusnya Masz .
Memahami nurani hati kecil Masz ini .

Sayu sayup berkibas kedengaran bunyi sayap mengepak sayapnya .
Bunyi apakah itu ?
Berpitar , kabur pandangan ini ingin melihat .
Apakah itu ? Apa yang tersirat & apa yang tersurat ?

Masz bermohon , bermohon adanya petunjuk padaku..

✿ Mungkin tiada sesiapa memahami maksud disebalik kata-kata Masz ini . Ya , memang tiada siapa yang memahami . Hanya diri ini setulusnya ; MASZ

Friday, June 24, 2011

rhythm of love ♥

Bila cerita pasal cinta , semua orang suka .
Masz memang suka cerita pasal cinta neyh . hihi .
Tanpa cinta pada Masz , semuanya kabur .
Cinta kan banyak cabang . So , semua ada disekeliling kita ,
semua nya boleh dikategorikan dengan CINTA .
Ya , semua orang berhak mendapat cinta masing-masing .
Tapi , bukan mudah untuk mendapat cinta yang sejati & sempurna .

Cinta bagi Masz , seperti kontra .
Begitulah cinta antara Masz & Rulf ♥
Cinta kami perlu lalui banyak lorong ,
lalui sempadan , lalui rentak cinta yang sukar .

RENTAK CINTA kami amat sukar .
Tapi , kami tabah laluinya .
Kami tidak seperti pasangan cinta yang lain .
Pada mata kami , pandangan kami ,
mereka dilihat bahagia , beruntung .
Pada bibir ucapan mulut kami berkata 'itu rezeki mereka'
Ya , mungkin rezeki kami belum tiba masanya .

Pasangan yang lain boleh selalu berjumpa , bergaul mesra ,
bahagia selalu bersama , menghabiskan masa bersama .
Kami ??? Kami hanya perlu menunggu 'rezeki' bila tiba masa dapat berjumpa lagi .
Terdetik dihati cemburu melihat pasangan yang lain .
Tapi kami redha , kami berjaya bersabar , tabah mengharungi semuanya .

Pabila 'rezeki' mendahului kami ,
Setiap saat bersama tidak akan kami sia-sia kan .
Bagi kami setiap 'saat' adalah yang paling berharga pada kami .
Sentuhan , renungan , pelukkan yang amat kami rindukan .
Hanya sms & bercakap melalui telefon sahaja yang bersama kami .

✿ Masz bersyukur jika RENTAK CINTA kami begini jalannya . Tanpa rungutan & paksaan Masz redha jika ini yang perlu kami lalui :)
Aminnnn..

Rentak Cinta yang amat mencabar dalam hubungan cinta antara
Masz & Rulf ♥

Sunday, June 19, 2011

Buatmu insan yg bergelar 'AYAH'

Allah bagi kita ayah,

walaupun ayah tidak melahirkan kita.

tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..

setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...

ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..

dan pujian terhadap Allah..


semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..

semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..

apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,

ayah pun akan menjaga kita..

ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...

tapi ayah tak pernah merungut...

balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..

walaupun ayah jarang bercakap..

tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2

jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''

selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya

berapa yang tak cukup?

lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..

kerana ayah percayakan anaknya....


ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...

walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.

siang bekerja....malam pun kerja...

bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..

ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..

ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...

bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..

dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...

ayah tanggung seorang diri....segalanya...

kuatnya ayah menempuh semua itu..


hanya kerana mahukan kami semua gembira...

ayah......sekarang ayah telah pergi meninggalkan kami...

menghadap yang maha esa


belum puas kami hidup denganmu..engkau telah pergi dulu..

semoga ayah mendapat ganjaran syurga di sana...


Al-fatihah-

Masjid Kristal , Terengganu



Assalamualaikum wbt .
Actually , ILOVE this photo
But Why ?? If korang lihat & focus betul-betul kat ats kubah tuuu , ade bentuk bulat kan ?
haaaa , itu sebenarnya Cahaya Matahari . Tapi ade org ckp photo neyh time waktu senja . No laaa , neyh time panas terik ! Hee , sebenarnye photo neyh snap hanya mnggunakan HP 3.2Mp . Maklum laaa , nak guna camera DSLR tak mampu . Huuu :p
So , even apepon , aku mmg suka gila photo neyh . Tenang taa korang tgk ?
Time pergi Terengganu neyh time with my housemate.. Pergi rumah Erah my housemate . Diaorang mmg suke wat keje gila tiba-tiba wat keputusan yang gila terus-menerus ajak pergi bercuti sampai ke Terengganu . Hehe .

By the way , banyak lg photo kat masjid neyh . Tapi photo neyh aje laa yg terbaik . Huu..

Sorry coz da lame gak ta update entry . Coz bz . Maklum la New Semester , bz & letih juga laaa fer this sem .

p/s : keep in touch & smile always :)

Wednesday, June 8, 2011

Hati Berkata-kata

Assalammualaikum wbt .

Hidup..
Kadang-kadang muncul perasaan .
Perasaan Marah , Perasaan Geram , Perasaan Benci ,
Perasaan Sayu , Perasaan Sedih , Perasaan Takut ,
Perasaan Suka , Perasaan Pedih , Perasaan Terkilan ,
Perasaan Pilu , Perasaan Rindu , Perasaan Sayang ,
Perasaan Cinta , Perasaan Kasih , Perasaan Tulus ,
Perasaan Murni , Perasaan Bersyukur , Perasaan Redha ..
Pelbagai perasaan yang ada pada setiap insan di muka bumi ini .

Apa yang datang & apa yang pergi perlu redhai .
Apa yang sukar , perlu sabar , tabah mengharunginya .
Hidup bukan untuk memaksa diri melakukan sesuatu .
Hidup perlu berjuang dengan keredhaan , kesyukuran yang ada .

Kita hanya manusia yang kerdil , yang perlu bersederhana .
Duit ?? Hanya datang & pergi seperti air yang mengalir dengan derasnya .

Kebahagiaan ??
Itu yang diperlukan pada semua orang . Keinginan .
Yang diperlukan untuk merasainya .
Senyuman , kasih sayang , kegembiraan ,
iu yang diinginkan terpancar di wajah .

Kesedihan ??
Ya , kesedihan itu selalu ku rasai .
Segenap sudut yang sunyi , itu yang selalu dialami .
Terasa di lubuk hati .
Celaru difikiran , terbayang difikiran , pilu .
Rintih ku merintih .

Pemikiran yang luas .
Itu yang perlu ku tempuhi .
Itu yang harus ku jalani .
Sabar , tabah , redha , syukur ,
atas semua liku-liku hidup yang akan mendatang..

Amin , Alhamdulillah . Syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi .

Ikhlas tulus dari hati ; Masz

Monday, June 6, 2011

Happy New Semester !



OMG ! New Semester bakal tiba on 13th June 2011 . hmm , nervous cket . hihi . btw , sem depan short sem . Only 3subject aje fer sem neyh . What ever it is , aku 99% confident & bersiap sedia utk sem baru neyh . Fer this sem , aku da ta na maen2 da.. Na concentrate lak . Huuu.. Coz short sem , ta na laa aku maen2 . Then assignment yg dtg pon for sure macam kt pejabat post tuu.. bertimbun-timbun . Hihi .



Pencapaian aku fer this sem . Of coz laaa na A+ jeee .. Hehe .
Study , study , study & study ♥♥♥



Neyh kunon-nye graph aku laaa.. Ta na terkandas ke pe ke . Nc or Failed ke.. Tak mintaaaa.. Huuu.. Just lepas neyh study betul2 , tumpukan perhatian fer my study..
Nak gak mcm org berkerjaya yg lain , ade kereta , rumah , duit pocket sendiri .. Hope soo laaaa.. Aminnnn...

✿ This new sem & after sem sem sem sem lepas neyh , just study hard fer my life . Thank You ! =)

Saturday, June 4, 2011

✿ kesyukuran

Assalamualaikum semua..  :)
Nak entry kat sini pun da ta tahu na mula kan mcm mane coz da agak beberapa minggu jugak la aku ta entry kt sini . Huuu.. Nak entry pon about cerita last week je . Nak entry tp just ta berkesempatan . So , today aku ade gak mood nak entry kan story aku.. Btw , sedia maklum aku sudah pun berada di Ipoh , cuti sem . Banyak perkara berlaku dan sudah pun berlaku . Happy , Sedih , Teruja , Lega , Syukur , semua ada . PERFECT !
Hihi.. Fyi , kakak aku sudah pun melangsungkan perkahwinannya bersama Abg Boy pada 28 & 29 May 2011.. Aminnn , settle dah semuanyaa..


Haaaa.. neyh pic wedding my sister . Theme 'tiffany blue' . Cute kan Raja Sehari neyh :)
Byk lagi pic wedding diaorg neyh , tp if ley wat album , for sure aku da upload kan . So , just pic neyh jela yg dpt aku entry kan kt sini .

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Eheemm.. ehemmm . heee . Actually , nak dijadikan cerita , b4 this aku mmg da pernah ajak bf aku dtg ke wedding kakak aku . So , jwpnnya just 'Insyaallah' . Ape boley buat.. Aku just terima jela . Memahami yg kami susah nak jumpe even sama2 kat KL . Tapi still ta boley jumpe selalu cam couples2 yg lain . Nasib laaa aku neyh jenis yg sabar.. Huuu.. Agak lame jugak laa kami ta jumpe . Perasaan rindu tu jgn dikata laaa.. MISS HIM SO MUCH ! Hanya Allah je tawu perasaan kami . Antara sebab2 kami tak dpt jumpe hanya kami je yg tawu.. So , kami just bergantung pada doa , sabar , 'if ade rezeki , dpt la jumpe'.. What ever it is , aku bersyukur dengan semuanya coz mybe ini rentak hala tuju hubungan kami . Siapa tahu after this rentak hala tuju nya lain pulak . Hidup bagaikan roda tanpa kita ketahuinya . About 2hari aku kat Ipoh , then rulf tnya aku dgn bermacam2 soalan yg membuatkan aku terfikir2 , 'diey neyh jadi ke nak dtg sini?' Huuu.. tp hati aku tetap berkata , mybe dye just tanye je nak tahu.. Soalan2 dye just 'Cer cite program nti mcm mane?' Then macam2 laaa.. Huuu.. Then dye ckp yg dye JADI nak dtg sini , dtg Ipoh , nak tidur kat rumah aku.. YA ALLAH , kelu lidah akuuu.. cam tak percaya ! betul2 tak percaya ! Then kami just discuss bout camne dye nak dtg bila pe sume. Tp sayangs aku neyh tetap ta habis2 ckp yg dye segan laaa , malu laa pe laa.. Sampai ckp nak tidur kat Hotel je semata-mata sebab segan . Hehe . Lawak tul.. Aku tak bagi coz membazir je nak buang duit sedekah kt hotel tu pulak.. On Friday dye pon selamat tiba kat Ipoh . Aku & khalid adik aku pergi jemput dye kt KTM.. Huuu , HAPPY-nyeeeeeeee!!! Hehe , ta tawu nak ckp mcmane.. Swear ! Then , cam biasa 4hari dye berada di Ipoh.. Kat Ipoh neyh byk benda yg berlaku 1st time dgn dye . Time mlm lepas kenduri kat rumah aku , pergi tgk bola MU vs BARCELONA at Dataran Ipoh . 1st time tgk bola dgn dye . Then mlm esok pulak pergi karaoke.. Huu , 1st time jugak . Then time kat rumah aku dye de bg something kat aku . Perfume , Small Bag (Cute) & Chocolate  Huuu.. Sukenyee . Tengss Sygss ! Really LOVEYOU !


Heee  neyh time wedding kat rumah aku laaaa.. Ini laaa pic aku with my boyfie yg sempat snap time kenduri tu . Al-maklum bz time tuu.. Nak bergambar pun terhad . Huuu.. We look Blue kan kan ? Hehe..


Yg neyh pic time hari nak pergi hantar sygs aku kt KTM . Tgk laa muke aku yg merengek mengada2 tuu.. Actually tu muke sedih sebenarnye.. Huu.. yelaa , nak g hantar dye blk daaa , of coz laa sedih :(
Btw , last snap pic ade pic yg kat lua train KTM , tp pic tu sygs aku ta mms lg , so ta dpt laaa aku na entry kt sini :(
didiey , hunny really ♥ youu sygsss.. 
credit to : Khalid (my brother) coz snap candid pic neyh .

p/s : Syukur even dgn hanya 4hari . Happy sgt . Semakin rindu .

Friday, May 20, 2011

excited

Halooo Semuaa..
Huuu.. Waduh waduh waduhh.. Today aku seakan ulu hati seperti digeletek . HAHA . I mean , aku excited 'cket' laaa.. Coz on Monday aku nak balik Ipoh da.. Waaa ta sabarnyee.. Rindu sgt nak balik Ipoh.. Agak lame jugak laaa aku ta balik Ipoh.. By the way aku pon sekarang tgh exam.. So , tak boleh laaa aku balik . Then , 28hb neyh pulak wedding my sister Essya . Lagi laa ta sabar , coz saudara-mara ramai dtg.. Kenduri , of coz laa kene Happy . Huhuu.. Esok paper exam aku yg ke-2 . So , hope aku dapat buat yg terbaik.. Then , last paper aku pulak on Monday . Malam tu jugak aku gerak balik ke Ipoh . Hehe.. Haihhh jam sudah menunjukkan pukul 2.39 AM .. Wahhh tak tidur-tidur lagi ko kan Masz ? Esok plak paper exam kul 8 AM . Heishhh.. neyh disebabkan insomnia laa.. Dah terbiasa tidur lewat . Macam neyh laa jadi nyee.. Heehee..

Apepon , aku nak wish GOODLUCK untuk diri sendiri . Hehe . Plus , aku rinnnduuuuuu sangat-sangat dgn family aku :(
But , aku kene kuat.. Do the Best fer your life ! Terima apa jugak yg datang . Bak kate bf aku 'be matured with what ever you do' =)
What ever it is , aku tetap ta sabar na balik Ipoh.. terus cuti semester fer 2weeks . Jdi lahh dari tade cuti langsung . Huhu . Aku rindu masakan Emak aku , Laksa , semuaa laaaaa.. Waaaaaaaa RINDUUUUUUUU !!!!


Haaaa cuber tgk muke kegembiraan aku neyh . HAHAHA . Muke suke bebenor je rupe nye . HEHE.. Ini laaa muke TERUJA aku dikala sedang gembira . By the way pic neyh di snap oleh bf aku.. So , mmg mood baek punya laaaahhh.. HAHA . Muke HAPPY je . So , pepon aku betol-betol excited na balik Ipoh . Rinduu kot :(