the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Tuesday, August 30, 2011

✿ Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Weeeeeee~
Seronoknyeeee.. Ta sabarnye naa tunggu esk pagi .
Ta sabar naa pakai baju kurung raya (^o^)
Esk pagi2 naa bertolak balik kampung , ehemmm . Dekat je pun . Huuu..

By the way ,
Masz kat sini na ucap :


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN serta SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua ~

Thursday, August 25, 2011

✿ Akhirnya.. Ohh HIJAU :D

Heyyo peeps :D

Kelegaan menusuk hinggap disanubariku . Cheewaahhh ! Hihi .
Dalam keadaan menggila mencari baju kurung berwarna Hijau daun pisang , Akhirnyaaaa dapat jugaaaa . Sampai ke Jln TAR mencari ohh . Wuuhuuuu ~

Bukan tak ade yg berkenan or yg berwarna hijau . Tapi terlalu over sgt laa pulak . Dgn labuci segala.. Haiyaaaa... Crowded ! Then size pon susa naa dpt :(
Masz naa kan yg simple je . Nice2 aje :)

Haaaa , tahun neyh theme my fam & fam Rulf same :D
Woahhh suke suke sgt :p

Akhirnyaaaa (sekali lg) dpt jugakkkkk ! Alang2 balek KL lik , trus singgah ke Jln TAR .
Jln punya jln akhirnyaaa jumpe & dapat laa jugak yg berkenan :)
Jln rilex2 je ta rushing2 . Thats why tade laaa penat sesangat . Kaki pon okay je tade la wat hal rase naa tercabut ke ape . Huuuu..
Naakk tahu baju Raya Masz macam mane ? Mane ley tunjuk skrg . Ta surprise la nanti . Tunggu menjelang raya kay ;)

Woahh semuanyaaa legaaaa.. Now da start cuti sem , exam pon da abes . Legaaaa sgt . Now bz meniaga jela . Haaa pada sesiapa yg ingin menempah songkok or beli click kat link neyh 'mypustakaaljilani.blogspot.com' Boleeh laa membeli or menempah secara ONLINE . Semua include postage .

Plus , taa sabaaa nak raye . Fer this year , ala kadar je shopping . Ikut kemampuan kan . Now da jadi student , pembelian pon terhad jela :)

By the way , SELAMAT BERPUASA LAGI YE :D

Saturday, August 20, 2011

✿ Final exam



So this is the start of the exam season fer me !

Btw , now 3.24AM .
At 8.00am Masz perlu bangun untuk pergi ke kolej coz exam .
Exam bermula pada jam 10.30AM-12.30PM . Then continue to other paper at 1PM-3PM .
Goshhh hope everthing will be okay & Masz dpt jawab soalan dgn baek .
Nervous yaa amat . Btw , Masz baru je lepas study .
Just refresh2 aje . Tapi nak tumbuh akar jugak laa kat kepala otak neyh :(
Agak rushing jugak laaa na study tadi .
That's why I am 'uber revising' now & trying to get good grades this summer .

Haaa , then malam nanti jugak Masz akan pulang ke Ipoh :)

Ape2 pon , all the best to me fer tomorrow exam . Fuhhh..
Bermula dengan Bismillahirrahmanirahim..

Friday, August 19, 2011

✿ 1st time =)

Heyy korang :)

Harini hari yanggg palingggggg Masz Happy sgt2 .
Today berbuka puasa dengan my boyfie . 1st time tau berbuka puasa same2 .
Btw , kami wear baju melayu & baju kurung (^o^)
Sweet gitu :p
Haaaaa , yg itu pon 1st time jugak . Keluar dgn wear baju mlyu & bju kurung.
Hihi.. Btw , ade lg yg 1st time . Tapi RAHSIA . hihi :p

Haaaa tmpt pilihan adalah Kg.Baru .
Restoran yg pernah kami makan kat situ .
Sedap tau makanan kat situ . Marvellous !! Hihi..
Kenyang ta terhingga rasenye . Wuuhuuuu~

After da melantak kekenyangan .
Kami singgah solat mghrib & isyak di Masjid Kg.Baru .
Tenangnyee jiwa :)

Hope ade rezeki next year dapat la berbuka puasa lagi sama2 :D
Aminnnnnnnnnn...
Ooyyeeahhhhhh !!


Haaaa ini laa pic kami =)
theme : dark pink

Tuesday, August 16, 2011

✿ tomorrow - presentation

Assalamualaikum wbt .

Esk Masz da naa presentation utk subject Principle of Advertising.
Secara grouping . Woahhh , hope esok semuanya berjalan lancar coz kteorg betul-betul da bertungkus-lumus naa siapkan dgn kadar segera coz 2weeks neyh masing-masing busy dgn kerja masing-masing , assignment lagi . So , discussion tuu terhad .
Masing-masing buat kerja pon agak rushing jugak .
Apepon , hopefully esk everything will be okay . Then presentation kteorg pon hopefully tade laa shaky sangat . Heee.. Coz neyh melibatkan final project & marks yg byk .

Bilaaa fikirkan assgnment semua , alih-alih sabtu neyh da start Final Exam .
Errrkkk , apepon ta study lagi :(
Macam mane neyh ? Hope semua kerja settle fer this week jugak . coz na ade ruang naa study pulakk .

Habis aje Final Exam , bolehh laa balik IPOH (^o^)
Yeayyyyy.. Seronoknyeee..
Then , terus kita sama-sama merayakan Hari Raya yg mulia . Hihi :p

Habis pulak cerita about Final Exam , Raya . Maka , habislah untuk Masz semester neyh . Lepas raya masuk laa New Semester .
Woahhh Masz hope sangat cepat-cepat habis study .
Eh ehhhh , bukan cepat-cepat naa kawen . Hihi , tapi naa keje .
Nak duit pocket sendiri , kereta sendiri . Ooyeeaaahhhh :D

p/s : HOPEFULLY EVERYTHING WILL BE OKAY .

Saturday, August 13, 2011

✿ 3 Rahsia Wanita

Mesti ramai di antara korang yang selalu pening nak memahami perangai wanita kan ? Memang wanita ni susah untuk difahami . Susah jugak kita nak jangka apa yang diorang fikirkan.

Okay, untuk artikel kali ni akan beritahu apa yang korang PATUT TAHU tentang wanita untuk pikat , menangi hati diorang dan dapatkan cinta diorang .


1) Apa yang wanita betul-betul mahukan adalah ‘romance’!!


Jika korang betul-betul ‘syok’ kat sorang awek ni , bagi apa yang dia nak . Sesetengah lelaki akan menggelabah bila dengar perkataan ‘romance’ . ( Sila jangan berfikiran kotor okay ! ) Korang tak perlu lah susah-susah perah otak atau habiskan banyak tenaga untuk pastikan apa yang korang buat tu betul.

Biasanya , jadi romantik ni bermaksud berikan wanita perhatian yang diorang nak . Diorang cuma nak / perlu untuk dapat rasakan yang diorang ni wanita yang paling penting pada korang . Paling sweet , paling cantik dan yang paling baik dalam hati korang . Jika korang dapat cari cara untuk kukuhkan kepercayaan diorang , bukan saja dapat pikat , malah dapat jugak kekalkan diorang di sisi korang selama yang korang nak !

Romantik perlukan kos yang tinggi ? Tak jugak ! Apa yang korang perlu buat :


~ Tanya apa yang dia lalui sepanjang hari .
Contoh kalau awek korang ni student : tanya ’hari ni kelas macam mana?’

~ Bagi nota kecik (kertas kecil atau kertas memo) dengan pelbagai cara dan kaedah untuk beritahu yang dia sentiasa dalam fikiran korang
Yang ni perlukan sedikit kreativiti.

~ Jika dia masakkan makanan untuk korang , cari cara untuk beritahu ” Awak memang Terbaik! “


2) Tunjukkan yang Korang Ambil Berat!


Contoh :
~ Ajar dia bagaimana untuk buat blog tentang binatang favv dia.
~ Ajar dia bagaiman hendak install ke apa-apa shj .
~ Ajar dia supaya dia faham tentang hobi / kegemaran korang.

Pendek kata , janganlah offer kan penyelesaian je . Kena betul-betul sabar untuk terangkan dan ajar dia dari ‘A sampai Z’ walaupun bukan senang nak mengajar . Kebanyakan orang tak sabar sangat untuk mengajar atau tunjukkan cara buat . Kebanyakan orang cuma nak cepat settle . Korang boleh menangi hati dia kalau korang boleh jadi seseorang yang BERBEZA dan ISTIMEWA .



3) Wanita suka Lelaki yang Nampak Seperti ‘ Terikat ‘ dan ‘ Tak Terikat’ Dalam Masa Yang Sama.

Nampak macam korang hidup dalam dunia sendiri je . Wanita akan kagum dengan kebolehan korang ‘maintain’ kan life dunia korang DAN juga maintain kan hubungan cinta di masa yang sama . Korang tak risau banyak dan nampak macam simpan sendiri perasaan korang . Untuk jadi ‘ lelaki’ macam tu, korang kena lengkap dari segi fizikal , minda dan jiwa . Korang tahu cara nak dapatkan ‘hidup yang indah’ dan kekalkan kebahagiaan perhubungan korang dalam masa yang sama .

Knowledge is power ! Makin banyak yang korang tahu pasal wanita , tahu apa yang diorang fikir dan tahu kenapa diorang berperangai macam tu , maka korang akan semakin berjaya gembirakan dan puaskan hati pasangan korang dalam pelbagai cara .



✿ bodoh ke kau ? Tapi kesiann..

Macam2 ragam manusia skrg kan ?
Pelik2 je.. Nak pulak budak2 skrg .
Nak kate ta matured , da cukup umur daa..

If bab CINTA korunk neyh na kate FAILED ,
hmmm... yela kot .
Kadang2 kesiannn , tapi BODOH .
I don't want to say like that but it's TRUE .
Kadang2 nak tergelak punn ade tapi itulaahh kenyataannya .
Org lain nak tolong , nasihat tp disebabkan cinta , BUTA semuanya .
Ikutkan hati nak jee aku MAKI , MARAH tapi kesabaran tu ade .
Nanti dikate menyibuk relation org .
Hati neyh geram , kesiannn..
Ikut kau laa budak oiyy..
Kau aku nak kate BODOH , mmg skrg kau BODOH .
Tapi aku kesiannnn tgk kau .
Dunia duniaaa... pelik !

Mengenai kisah cinta 3 segi .
2org perempuan bersama seorg lelaki .
Bodoh nye kau kan ? Buta !
Boyfriend sendiri depan2 kau bersandiwara dgn ppuan lain .
Bukan kau ta kenal . Then ppuan tu pulak sbnarnye dah jadi milik lelaki lain .
Tapi masih menggatal dengan kekasih org .
Diberi nasihat , diberitahu . Bila dipujuk boyfriend nya , terus percaya .
HAHAHA , mmg lawak . Mmg BODOH !
Senang dipujuk rayu . Walhal belakang kauu ?
Kami yg tahuuu.. Tapi kau tak percaya .
Cakap jgn amek tahu hal kami berdua kunon . hmm..
We will wait & see ! Sampai mane kau na percaya .
Kiteorg kesiannn , kesiann kat kau .
Nanti merana jgn terhegeh maluuu..
Menyampahh sangat . depan2 kiteorg tade perasaan maluuu..
Pelik betul laaa..

Tak sabar nak bertepuk tangan suatu hari terbongkar & baru kau nak percaya!
Time tuu aku akan ketawa besar !
Ini laahh budak skrg yg baru nak belajar erti CINTA , KASIH SYG .
BUTA semuanyaa... ini baru titik permulaan..
CINTA itu sakit wahai adik2 ku..

Si perempuan yg sudah diikat oleh lelaki lain masih menggatal dgn kekasih org lain .
Pelik betul . Berpegang tangan , bermesraan .
Keluar berdua , rapat2 . Heyy itu dahh lain . Bukan kawan tu namenya kalau hati tak kate sayang . If with me , don't be lie okay ?
Bab CINTA , aku da khatamm.. Da penah rase semuanyaa..
Sakit , perit , kenapa , mengapa , sebab ape , semua aku faham , da hafal !
Bukan nak berlagak , tapi itu lah kenyatannya .

Depan korg boleh tgk aku cam korg , banyak main2 ,
kadang2 macam budak2 , tapi bab2 neyh aku paling ta suke !
Jangan pandang org pada luarannya aje .

1 aje prinsip if aku dlm relationship with some1 ,
Fikir b4 buat sesuatu . Adakah dia akan buat macam mane yg aku buat ?
Agak2 aku buat mcmni dye marah takk ? Ape yg aku buat neyh menyakitkan hati dia takk ? Agaknya aku buat mcm ni dia berkecil hati takk ? So , if korg boleh buat mcmtuu , fikir if couple korg pun boleh buat mcm mane yg korg buat ;)
Trust , of coz perlu . Tapi ade perkara yg boley kte trust him/her or not .
Fahami dia sebaik mungkin . If dapat fahami dye seadanya . Automatik korg akan tahu gerak-geri dia mcm mane . Senang nak tahu dia cara dia tipu mcm mane or tak . Kenali dia sebaik mungkin . Jujur ke diaaa ? Tahap mana kasih sayang diaa kat korg ? dari mulut mmg semua boley cakap . Tapi dari hati ??? Think about it adik-adikku..

Now , we will wait & see ..

Friday, August 5, 2011

♥ Perhatian: Kenali 10 petanda jika si dia adalah jodoh anda!


Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Selalu Berdoa semoga dijodohkan dengannya sekiranya dia betul-betul sesuai untuk kita.

Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, August 4, 2011

✿ dugaan

Selamat Berpuasa untuk hari yang ke 4 :)

03 August 2011 Hari ke-3 berpuasa .
Hari yang betul-betul mencabar keimanan aku .
Penuh dengan dugaan .
Tapi still tabah , sabar & iman yg kuat .

Waktu tengahari ,
Terpacak matahari di atas kepala ku .
Ya Allah , panas panas .
Dalam hati "Sabar Masz , sabar"
Masih berjalan untuk sampai menuju ke hostel .

Sesampai di hostel ,
Fuhhh.. tekak kering .
Dahaga..
Dlm hati "Tahan Masz.."

Keletihan .
Terus berlabuh di tilam bersama Bobo kesayangan .
Celik mata , 5.34pm .
Bersiap , pergi ke bazaar .
Fiuhhhh ramainya orang .
Dugaan di bazaar .
Tahaaannnn... Sabar..

Waiting fer 'Azan'
Alhamdulillahhh..
Dugaan sabar hari ini ,
aku dapat berpuasa untuk hari ke-3 .
Aminnnn.. Syukur nikmat .