the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Thursday, November 24, 2011

✿ Keinginan menakluki jiwa !

Hehe , ape laa maksud title di atas neyh ya ?
"Keinginan menakluki jiwa" Scary je dengar kan ? Haha .
Neyh nak habaq mai , jiwa ini sedang asyik berfikir , bagai ditakluki jiwa yang diingini akan sesuatu ..

Nak dijadikan cerita aku neyh nak bagi tau apa yang aku gila-gila kan , impikan , bayangkan , inginkan , mahukan & etc.. Kalau nak details sume takut habis 2 pages je neyh . Huuu..
Of course dalam hidup semua ada perasan INGIN akan sesuatu kan ? Termasuklah aku dalam situasi begini :D

Tapi aku mengaku yang aku neyh memang laaaa KUAT BERANGAN . Ahhh , pedulikan apa yang orang ingin kata . Coz kadang-kadang apa yang kita berangan tu sesuatu DOA . Mungkin suatu hari tiba waktu keinginan yang diingini tuu kita dapat milikinya .

Ehemmm , nak tahu ke senarai yg MASZ neyh angan-angan kan ? HAHA (tak tahu malu)
But , tade la details hampir semua nak cerita . Kalau nak cerita semua faham-faham la jadi ape page neyh . HAHA .

Aku tak sabar nak grad , nak kerja dapat duit pokcet sendiri , beli apa sahaja yang diinginkan selama neyh . Habis belajar , nak simpan duit untuk beli kereta , simpan yang mampu dapat beli rumah ke haaa.. Tapi kan , tak nak beli rumah macam condominium ke , flat ke , apartment ke . Tak minat ! Nak tahu sebab ape ? Sebab tak ada halaman sendiri . Hehe.. Yela , for sure bila dah kahwin ke , dah dapat anak boley bawa main kat halaman rumah ke , minum petang kat halaman rumah . Haaa.. sweet kan ? :D
Then lagi satu , kalau stay dekat apartment ke what so ever yang seangkatan dengannya , macam tak bergaul dengan orang . Jiran-jiran buat hal masing-masing . Susah jugak macam tu . Sampai jiran sendiri pun tak kenal . Emergency case pun kena la fikirkan jugak . If ada emergency kan , nak minta tolong sape kalau bukan jiran kita . Haaa.. Pengalaman stay di condo skrg neyh as a student , thats why laaa dah tahu sangat .

Haaaa.. byk lagi tau yang bermain diminda . Nak jage my family , nak tolong apa yang patut , apa pun for the 1st day kalau dapat kerja tetap nanti , satu IMPIAN , NIAT yang telah di NIAT di hati . Hanya my doraemon & Allah S.W.T sahaja yang tahu apa NIAT dihati pada waktu itu :D (tidak sabar sangat)

Ehemm ehemmm , hati neyh pun gatai macam dah nak kahwin aje . HAHA . Hope dapat jugak kumpul duit sikit untuk spare kahwin nanti . Kalau ada jodoh ade la . Ape pun kata orang spare tu HARUS :D
Doa tu always . Semua nak kan yang terbaik ..

Hehe sekian aje lah ya setakat neyh aje yang dapat kongsikan . Huhu . Terlebih-lebih nanti pulak buat malu sendiri aje nanti . Hehe .
Ape pun semoga kehidupan yang akan datang lebih cerah , baik , dimurahkan rezeki , berjaya dalam hidup & amalan yang dilakukan diberkati . Aminnnnnn... :)

Monday, November 21, 2011

✿ Rindu

Rinduu , amat rindu sangat .
Rindu pada siapa ? ehemm , rindukan si dia laa..
Rindu semuanya tentang dia .
Ya , perlu memahami keadaan sekarang yang tidak mengizinkan .
Kuatkanlah hati aku untuk bersabar menghadapi semuanya .

Setiap hari ku doakan agar kita dapat bertemu lagi dengan penuh rasa kasih sayang & kegembiraan . Aminnn..

Saturday, November 19, 2011

✿ Cinta Ibarat Angin Malam


Hehe , Means CINTA bagi aku .
CINTA IBARAT ANGIN MALAM . My doraemon pernah tanya apa makna CINTA bagi aku .
Hikhik , Aku hanya menjawab CINTA bagi aku adalah ANGIN MALAM , simple answer ;)

KENAPA ? Soalan yang diberikan..
Oleh kerana , CINTA ITU TIDAK DAPAT MELIHAT TAPI DAPAT MERASA . Sebagai contoh seperti Angin Malam . Kita hanya dapat merasa angin malam itu tapi tidak dapat melihatnya .
Lagi soalan yang diberikan , tetapi kenapa perlu dalam banyak2 angin kenapa perlu angin malam ?
My answer : Oleh kerana angin malam adalah angin yang sayu , tenang , sejuk yang bisa merasai ketenangannya :)

Kalau nak diikutkan CINTA tu banyak maknanya . Tetapi ini adalah pendapat makna CINTA bagi aku ;)

Sunday, November 13, 2011

✿ Her history...


Mengenai seorang perempuan yang bernama Nur(bukan nama sebenar)
Kisah hidupnya yang banyak ujian yang perlu ditempuhinya..
Adakalanya suka & duka . Rintangan yang diharunginya seperti secukup rasa . Masam , manis , pahit , masin . Sejak kecil yang dahagakan kasih sayang.. Setiap ujian yang dilaluinya sudah menjadi asam garam dalam lumrah kehidupannya . Namun , segalanya dia redha , akur dengan ujian yang diberi . Teliti , tabah , sabar , kuat untuk mengharunginya . Sungguh tegar hatinya dalam meniti setiap saat kehidupan yang dilaluinya . Tangisan beribu titisan air mata yang telah banyak ditangiskan olehnya . Bak kata orang menangis bukan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah . Tetapi padanya adalah ubat untuk dia meluahkan rasa sakit , peritnya . Setiap tangisannya adalah semangat untuk dia meneruskan kehidupannya yang telah ketiadaan bapa sejak dari kecil lagi . Tetapi sekarang dia sudah mempunyai ayah tiri & ibu kandung yang membesarkan adik-beradiknya yang lain.. Waktu persekolahannya adalah waktu dia sedang berada dalam kesusahan , sedang berada dlm banyak ujian getir yang harus dilaluinya . Kawan-kawan adalah segalanya padanya pada waktu itu . Akan tetapi pada waktu dia dalam kesusahan , kehibaan , kesedihan , tiada siapa yang tahu , pada waktu itu dia amat memerlukan seorang teman/kawan untuk meluahkan . Tetapi dia pasrah pabila melihat kawannya seakan tidak dapat mengizinkannya untuk meluahkan segalanya . Sehingga ke hari ini dia hanya mendiamkan tidak ada satu orang pun ketahuinya . kekasih hati ?? kekasih hatinya ? Hanya tahu keseronokkan , tidak pernah cuba mendalami isi hatinya yang dalam kesedihan , dalam masalah . Tidak pernah cuba untuk bertanya , memahami .. Yang berlalu , dia biarkan berlalu . Waktu bersama kekasihnya yang sudah bertahun bersama dalam sekelip mata dia dapat melupakannya dengan serta-merta . Mungkin agak kepelikkan jugak jika kita sudah bertahun-tahun bersama , tetapi dapat melupakannya dengan mudah serta-merta . Betapa nampak keperitan sakit yang dilaluinya pada kekasih hatinya . Hari demi hari , pabila dia sudah tamat belajar di sekolah menengah , kehidupan yang dilalunya ketika semasa bekerja . Segala penat , lelah , perit , getir dilaluinya juga walau bagaimana sekalipun berat kerja yang dilakukan . Makan tidak menentu , tidur tidak menentu , penat tidak sempat untuk berehat ..

Mengenai cintanya ??
Banyak dugaan yang dilalui .. Cintanya banyak kontra . Ketabahan , kesabaran yang banyak dia perlukan . Ketawanya hanya sementara . Betul kata orang , apabila bercinta semuanya indah belaka . Apa yang orang kata , semuanya tidak betul . Tetapi dimatanya kekasihnya adalah satu-satunya . Itulah yang dikatakan cinta itu buta . Pa yang terjadi dia banyak berserah pada yang maha esa . Dia hanya menunggu saatnya untuk berhijrah kepada yang maha esa...

Thursday, November 10, 2011

✿ Apa itu Kasih, Sayang & Cinta ???


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan , namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza . Pengertian 3 perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami . Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih , sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit .

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya . Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya . Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani .

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia . Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi . Anda mungkin menyayangi sahabat anda , keluarga anda , guru anda atau sesiapa sahaja . Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda . Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya .

Namun fahamilah , sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda . Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia . Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya . Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang .

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang . Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang . Bila mencintai seseorang , tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya , perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama .

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan . Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza . Dalam satu pepatah arab , mendefinisikan cinta itu pekak dan buta . Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain . Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri . Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain .

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan , tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati . Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal . Itulah kelebihan dan kelemahan cinta . Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia . Manusia tidak sempurna . Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa , sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta .

Tuesday, November 1, 2011

✿ New Chapter Begin 1/11/11

Bermulalah kehidupan baru bagi aku .
Selamat tinggal Oktober , Selamat Datang November .
1/11/11 adalah tarikh permulaan bagi aku untuk menempuh step yang baru .
Impian , harapan diiringi dengan doa .
Aku bersyukur atas semua nikmat yang diberikan .
Untuk permulaan yang baru ini aku panjatkan beribu-ribu doa agar semuanya yang terbaek ..

Ketabahan , kesabaran , kekuatan yang lebih aku perlukan untuk semangat yang baru .
Semua ujian yang perlu aku tempuhi aku akan cuba terima , redha .
Kata-kata semangat dari seseorang yang aku sayang terpahat dihati !!!
Terima Kasih atas semangat yang diberikan . Akan aku cuba lakukan .

Ya Allah , kau berikan lah aku kekuatan , kesabaran , ketabahan untuk menempuh semua ujian darimu . Aminnnn..

Always remember "Step by step , followed by rhythm"