the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Tuesday, December 27, 2011

✿ Maaf , agak busy selepas ini .

Hai korang..

Lama juga tak berblogging ni . hihi . Sejak banyak hal ni memang jarang laa nak berblogging . So , masa yang terluang ni larh nak share . Banyak perkara yang dah miss nak entry kat sini .

By the way , maaf . Mungkin selepas ini Masz agak busy sikit . Mungkin jarang nak berblogging ni . Al-maklum Masz dah dapat kerja part time . Rezeki dapat juga kerja sambilan . Dari duduk terperuk kat hostel bosan juga . Dari mengadap lappy 24/7 pun boleh jadi mereng juga . Hihi..

Sebenarnya ada sebab kerja part time ni . Fer the 1st thing untuk tambah duit perbelanjaan . Faham-faham aje lah student ni kan orang cakap "sengket" . Kena selalu saving aje sampai benda lain pun kena tahan je . Nak nak pula bab-bab shopping neyh . Haiiii... mana nak tahan . Hihii.. Then 2nd , saja nak busy kan diri.. sebabbbbb.. syhhhhhh rahsia :p

Hihi , itu la sebabnya :D
Fuhh , diharap sangat-sangat boleh bahagikan masa bekerja & study . Hope sooooo!
Semoga dapat laaa manage time dengan betul . Tak nak laa nanti sampai tak pergi class or tak buat assignment . Hope dapat laa manage dengan betul . Aminnnnn...

Saturday, December 17, 2011

✿ Terima Kasih Sayang :)

Terima Kasih sayang untuk harini .
Hargai sangat . Happy sangat . Speechless ;p
Terima Kasih belanja singlet & short pants :)
Terima Kasih belanja makan pizza hut harini :)
Terima Kasih bagi kucupan kedua-dua belah pipi sebelum balik :p
Terima kasih melayan perangai mucux didiey harini masa nak pilih pakaian ;p
Terima Kasih bagi perut didiey untuk hunn harini , demokkk , muncetttt :DDD

Terima Kasih kerna senantiasa bersama hunn :')
ILOVEYOUDIDIEY :D

Saturday, December 10, 2011

✿ Punca Selsema & Cara Mengatasinya

AuuucchhhuuuuummMMMmmmmm !!!
Errrkk.. sorry.. Sejak in few days neyh , aku kurang sihat sikit . Period time ! Biasa la mood pun kurang waras.. Hihi.. Btw , flu neyh membuatkan aku rasa nak gunting aje hidung neyh . Fuhhh , geram betul . Hidung dah macam badut merah semacam . Yang tak henti-hentinya BERSIN jela kerjanyaaa.. Dengan bantuan dari google , aku try search mengenai Punca & Cara untuk mengatasinya.. Mehhh nak share kat korang..


PUNCA SELSEMA & CARA MENGATASINYA :-


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.


Gejala-gejala

Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika

Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
Elakkan
Tabiat-tabiat yang baik
Pencegahan


Amalkan gaya hidup yang sihat.
Makan makanan yang seimbang.
Senam selalu.
Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
Tidur secukupnya.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Merokok.
Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Berehat
Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
Inhalasi (sedutan).
Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.
Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.

Thursday, December 8, 2011

✿ Hope

Hari ini adalah hari yang aku rasa hari yang membuatkan aku asyik berfikir .
Banyak benda yang bermain di kepala . Mengenai siapa diri aku , mengenai tahap kesabaran aku , tahap ketabahan aku , mengenai tahap kekuatan aku ..
Siapa aku pada mereka ? Bolehkah aku menjadi yang terbaik di mata mereka ? Bolehkah aku menjadi harapan mereka ? Berteka-teki . Aku bingung , aku menjadi takut , aku menjadi tidak yakin pada diri aku sendiri . Aku menjadi tidak kuat untuk menepuh semuanya ..

Harapan aku pada mereka , pada masa hadapan aku . Harapan dengan penuh beribu harapan . Aku berjanji untuk menjadi yang terbaik dan terbaik di mata mereka . Meskipun aku tidak dapat menjadi SEMPURNA di mata mereka . Tetapi aku akan cuba menjadi yang TERBAIK !!

Aku akan tetapkan pendirian aku seadanya . Agar dihormati , diberi kepercayaan supaya tidak direndahkan oleh sesiapa sahaja . Aku akan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang aku inginkan . Walaupun agak sukar sekalipun , aku akan cuba tanpa berputus asa .

Hanya pada yang satu , hanya pada-NYA aku berdoa , bermohon . Agar semua yang aku lakukan diredhai , dimurahkan rezeki . Aku akan berusaha . Meskipun sebelum ini aku telah rebah berputus asa dengan semua yang aku lakukan . Tapi , tidak sekarang ini . Aku pasti akan cekal , kuat untuk harungi segalanya..

Ya Allah , kau permudahkan lah segala urusanku , murahkan lah rezeki aku . Hanya padamu aku berserah , berdoa & bermohon . Aminnn Ya Rabbal Alaminnn...

Sunday, December 4, 2011

✿ Nasi Lemak :)

Hari ini menu aku adalah Nasi Lemak . Fyi , this is the 1st time aku masak Nasi Lemak sendiri . Tapi bukan aku seorang yang menyediakannya . Aku bersama dengan housemate aku Erah . Disebabkan hanya kami sahaja yang ada dekat rumah neyh , maka kami berdua sahaja yang menyediakannya . Oleh kerana yang lain balik ke rumah parents they all . So , disebabkan dari semalam lagi teringin nak makan Nasi Lemak . Hari ini adalah masanya . Jeng jengggg.. Before aku tunjukkan fotonya , aku nak share kan resepi dahulu . Hihi .

Resepi Nasi Lemak :

Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)

3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
Boleh dihidangkan dengan telur rebus dan ikan bilis goreng.

Haaaa... jeng jenggg jenggg... inilah hasilnya . Time nak masak nasi tu laaa yang risau sikit . Takut tak cukup air , santan . Hihi . Bila dah masak alhamdulillah jadi la juga dari tak jadi langsung . Huhuuu.. Jemputttt....

Thursday, December 1, 2011

✿ Seseorang yang bergelar 'Abah'

Abah..
Rinduunyaaa nak sebut perkataan "Abah"
Bukan tak pernah sebut . Tapi hanya pada "Abah Tiri"
Tapi bukan kepada "Arwah Abah"..

Cemburu melihat "Abah" orang lain menghantar & mengambil dari sekolah .
Cemburu melihat kemesraan mereka bersama "Abah" mereka .
Cemburu melihat orang lain ceritakan mengenai "Abah" mereka .

Aku ???
Apa yang boleh aku lakukan ? Hanya diam , tabah & redha dengan semuanya .
Apabila terkenang pada zaman sekolah dahulu , dihati tersimpan sejuta perasaan cemburu melihat rakan-rakan atau orang lain yang masih mempunyai "Abah" kandung mereka .

Melihat "Abah" mereka dapat menghantar ke tuisyen . Tapi aku hanya dapat menumpang tapi bukan dapat merasai keadaan seperti itu pada realitinya .
Jikalau aku ditempat mereka , pasti aku tidak akan mensia-siakannya . Akan aku menghargai segala yang dilakukan oleh "Abah"..

Dari kecil sehingga dewasa , aku tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang "Abah" kandung . "Abah" tiri & "Abah" kandung adalah berbeza bagi aku . Aku terasa ingin sekali merasai detik-detik itu dari aku kecil sehingga dewasa . Tapi apakan daya aku . Allah lebih menyayanginya.. Aku redha dengan ketentuannya. Al-Fatihah..

Hanya "Mak" aku tempat aku gantikan kasih sayang aku . Aku hargai segala pengorbanan yang diberikan oleh "Mak" aku . Jika aku ditempatnya , mungkin aku tidak sekuat "Mak" aku . Jasanya akan aku kenang sehingga akhir hayat . Janjiku untuk menjagamu , mendoakan kesejahteraan yang sentiasa . Amin Ya Rabbal Alamin...