the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Wednesday, October 24, 2012

✿ Happy 2nd Year Anniversary

Now we're emtering 2nd Year Anniversary.. Syukran Ya Allah.. Masa berlalu dengan begitu pantas..
And whatever happened in my past really thought me to be wise, strong & gimme another life. A new fresh life. I trust that Allah will never test someone that is unable to stand & go through the obstacles..

Sincerely i'm not a person who like to reveal my personal things because for me its between me & the people around me.. but this time.. I just want to say that i'm really bless that Allah send me someone who i can rely on. But, i always keep in my mind, as i go through the cycle of life, people come & go. So kita tak boleh cakap tentang kepastian mengenai ajal, maut, jodoh & rezeki. Percaya pada Qada' & Qadar.

Tapi kita harus bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan & dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun untuk sementara. I just pray for the best! Kita merancang Allah yang menentukan..

 20102010 - 20102012 

I don't have to mention all the good deeds he had done to me..

But he's one of the rahmat that happened in my life.

He's willing sacrifice for me..

Ya Allah, peliharalah iman & hati kami ketika susah & senang
Kau murahkanlah rezeki kami serta keluarga kami
Semoga kami & keluarga tabah menghadapi setiap ujian yang kau izinkan
Semoga kau memelihara kami & keluarga kami dari segala keburukan & fitnah manusia
Kau limpahkan rahmatMu keatas kami
Semoga kami sentiasa bertaqwa & sentiasa bersyukur kepadaMu
Semoga kami berjaya & bahagia didunia & akhirat..


Jika namamu tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku,

nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita...

Amin.. Ya Rabbal.. Alamin..




Regards,
Siti Nur Masturah Binti Abdul Karim

✿ Disebalik kata

Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan
diri yang telah hilang...

Adakala kita perlu menyepi,
untuk mencari ketenangan hati..

Adakalanya kita perlu menyepi,
untuk kebaikkan diri sendiri...

Saturday, September 8, 2012

✿ Sedikit Doa


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 

Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali

dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli

dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni

dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain


English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Thursday, September 6, 2012

✿ Kata Hati


Kata Hati..

Kadang-kadang tanpa disedari ada kata hati yang tidak dapat lahir dari kesilapan berfikir..
Tanpa disedari juga kata hati bisa membuatkan terjadinya selisih faham, terguris perasaan, tanpa disengajakan..

Kata hati amat penting..
Kata hati sukar untuk difahami.. Walaupun tanpa kita sedari mahupun tidak...
Hati berbicara manis untuk sesebuah kebahagiaan..
Hati yang terus memperjuangkan cintanya untuk kebahagiaan..
Hati amat sensitif.. Tergurisnya bisa menitiskan embun-embun kepedihan..

Kerana sayang..
Hati mengatakan.. jika sayang.. lakukan yg terbaik..
Berikan yg terbaik agar diri ini juga bisa mendapat yg terbaik darinya..
Anggapan sekeliling biarkan dialunkan seperti ombak yg terhempas di persisiran pantai..

Hati kuat mengatakan..
Jika benar jodohku adalahnya..
Kau perkuatkan lah cinta diantara kami..
Jika dia bukan jodohku.. kau tunjukkan lah kepadaku..

Hanya namamu aku berserah & berdoa..
Amin.. aminn ya rabal alamin..

Sunday, August 26, 2012

✿ EXAM Mood !


Fiuhhhhhh.. Nak habaq neyh wey..
Final Exam nak dekat neyh... 3paper aku kaut sem neyh . Tiga2 paper memang saket lah jawabnya..
Baru je Raya dah nak Exam pulak . Saket.. saket..
Memang kelam-kabut lah jawabnya nak study kan ??
Hmm.. apepon , GOOD LCUK MASZ !
You can do it !

Monday, June 25, 2012

Astro On-The-Go Party @ The Pool

Assalammualaikum..

Okay , today Masz nak update sikit aktiviti apa yang Masz buat weekend lepas..
Macam biasa , Masz kan suka buat kerja-kerja part time neyh.. Al-maklum nak cari duit lebih.. Hehe..
1st of all nak intro sikit bout title entry Masz today :-

Astro On The Go was launched late last month, 30th May 2012 to be exact and I actually had the opportunity to catch their launch event. "Take Astro with You, Wherever You Go", that's the tagline, and true to it's word, Astro On The Go application gives Astro subscribers a chance to catch all 31 live matches of UEFA Euro 2012, 11 TV channels, Catch Up Titles and Video On Demand for free until 31st August. 

Astro's On The Go Party
Date: June 23rd, 2012 (Saturday)
Time: 6:30 PM onwards
Venue:  The Pool, 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Map)
Dress code: Your favourite football jersey!

"Take Astro with you, Wherever you go."

Hehehe , sebenarnyaaa nak share sikit laaa apa yg HOT sangat.. I'm one of the lucky person coz dapat be part of this event . Heee..  (bangga jap)

If korang nak tahu lebih lanjut apa itu Astro On-The-Go, korang boleh laaa try search kat http://www.astro.com.my/onthego/

Okay , nak share sikit laaaa , after this kita dah boleh dah tengok Astro view your smartphone, tablet & computer (Ipad & Iphone)

Neyh laa time Masz with my friends buat Flash Mob. So freakin' adorable kannn ? Sorry , Masz dah terselit so tak namapk . Hehe..


Okayyy yg kat bawah neyh laaa serba sedikit pic kat The Pool tuu.. Hehhe Orang Kuning . Ada jugak Team Malaysia terselit kat sini.. Btw , Party neyh jugak sempena Demam Euro 2012 sekarang neyh :)


Haaa... yg neyh kawan Masz 'Ara' yang join sekali event neyh.. Hehehe.. Semangat kami dgn jersey masing2.. Yeayy Masz dapat pakai baju jersey Spain.. Ara jersey Portugal ;)

Serabai jugak time neyh.. Macam mandi hujan je.. Habis peluh keluar semuanyaa.. huhuu..

Cara tengok Astro view your (Ipad & Iphone)

11 channels that bring you the latest news, exciting kids & educational programmes as well as the best of Korean & vernacular entertainment.

Catch-up
Lets you catch-up on all the best of Astro programmes that you've missed. With a choice of local & international titles..

Enjoy Astro On-The-Go in 3 simple steps.
1. Visit www.astro.com.my & click the 'Register' button on the navigation bar at the top right corner to create your username (Astro ID).
2. With your newly created Astro ID, link your Astro Smart Card by clicking on the clicking on the 'Link' button to access Astro On-The-Go programmes & channels from your subscribed packages. Plz note you will need to be logged in to do this.
3. You can then visit www.astro.com.my/onthego & log in with your Astro ID. To enjoy Astro On-The-Go via your tablet or smartphone, download the Astro On-The-Go app from the App Store.

Reminders:
- Once you have registered your Astro ID, remember to check your personal email to verify your Astro ID.
- Get your Astro Smart Card number & proceed to link your Astro ID.
- Once you have linked your Astro ID, remember to check your email again to complete the verification process.

"Take Astro with you, Wherever you go."

Sunday, June 10, 2012

✿ Daging Masak Dendeng

Hello .
Today Masz nak share resepi neyh . Sebelum neyh bila Masz dengar nama resepi "Daging Masak Dendeng" neyh macam susah aje nak masak . Bila belek punya belek buku "Hidangan Raja Sehari" my mom punya neyh . Ternampak laa pulak resepi "Daging Masak Dendeng" neyh . Apa lagiii.. Ini laa masanya nak skodeng cara-cara & bahan-bahannya.. Hehehe . Bia baca punya baca , alahai sonang ajo . Ingatkan payah laaa sangat . Hihi . Okay neyh Masz nak share resepi neyh :)



DAGING MASAK DENDENG 

Bahan A
1 kilogram daging (Direbus)
1 cawan kicap
1/2 gelas air perahan limau kasturi
5 sudu makan cili kisar
2 labu bawang besar (Dikisar)
10 ulas bawang putih (Dikisar)
Minyak bagi menggoreng & menumis

Bahan B (Hiasan)
Daun salad
Tomato kecil
Cili merah

Cara Membuat
1. Hiris nipis-nipis & lebar daging yang sudah direbus. Perapkan dengan kicap & air perahan limau lebih kurang 1 jam.
2. Gorengkan daging itu & ketepikan.
3. Panaskan minyak, gorengkan cili kisar, bawang besar & bawang putih sehingga masak.
4. Masukkan daging tadi. Kacau rata & angkat.
5. Sedia dihidangkan.

 Hidangan: 5-6 orang.

Sunday, May 20, 2012

TQ sayang . GGMU !

Taraaaaaaaaaaa.. GGMU ! Hihi.. By the way , aku adalah penyokong Manchester United . Same with my boyfie . Terima Kasih didiey fer this cutey jersey . Siap sepasang lagi tuu dengan short sekali . Agak2 , aku layak tak jadi pemain MAN UTD utk wanita ? HAHAHA . Sesungguhnya aku memang sukaaaaaaaaaa sangat dapat jersey neyh . Nak pulak dari boyfie sendiri . Hee.. Tengs a lot diey.. Really love it :D Aku ada , kau ada ? HAHA :p

Saturday, April 14, 2012

✿ kehidupan

Hye.. KEHIDUPAN : perkara bg setiap org harus lalui nya . Termasuklah aku . Kehidupan adalah sesuatu yg aku suka fikirkan . Kehidupan yg penuh tanda tanya . Kehidupan yang penuh bermakna . Aku akur dengan setiap jalan yg harus aku lalui . Aku redha . Segalannya bermain di fikiran , di jiwa , di mata . Apa sahaja yg aku lihat , aku fikir apa seterusnya ? Apa yg akan terjadi ? Fuhhh.. kusut sangat . Tak suka . Tapi selalu "berfikir" . Kunon nya macam profesor je asyik berfikir . Tapi ambil bidang Art & Design . Hihi . Tak ape laa.. Dah aku memang suka melayani perasaan , nak buat macam mana . Kadang-kadang datang menggila penat nak melayan . Bila datang time jiwang macam neyh laa. Skema aje ayat . Hihi . Tapi inilah aku . Aku boleh jadi apa sahaja tengok tempat & waktu . Tapi apa yg penting aku memang suka berfikir . Paling yg aku suka fikir tentang "KEHIDUPAN" . Aku suka melihat sekeliling.. Membuat aku suka fikir apa seterusnya . Thats it ! Memang kadang2 ianya jadi betul-betul . Tapi kadang-kadang aku yg suka fikir yg tak masuk akal . Huuuu :p Jiwa aku jiwa sensitif . Sensitif dengan semua benda . Tapi kadang-kadang sensitif tu lah yg membuat aku jadi makin matang . Even kadanag-kadang bf aku selalu suruh aku "be more matured syg" . heee.. Dengan bf aku memang mengada-ngada tu yg sampai dia suruh jadi matang tu :p Tapi pada aku , ada benda yg membuat aku jadi matang . Ya , kehidupan yg kadang-kadang orang buta , tak nampak , tak rasai , khayal . Kalau diikutkan aku lah jadi saintis , habis semua benda aku nak buat . Nak org diluar sana lihat betapa bodohnya & betapa khayal nya orang sekarang . Hihi (berangan) Ooppsss.. memang ak dinafikan orang sekarang makin buta dengan dugaan dunia . Tak celik akal yg digunakan . Tak boleh berfikir gunakan otak . Hanya untuk memuaskan diri sendiri dengan bangga nya kehidupan mereka . Tapi semua itu kadang-kadang membuat aku rasa nak ketawa sekuat-kuatnya . Tapi apa kan daya , aku hanya melihat tapi tidak dapat bersuara . Haihhhh , kadang-kadang aku neyh gaya macam berpolitik pulak (takde kena-mengena dgn hal politik) . Heee.. "Kenapa macam tu ?" "Ya Allah kenapa lah bodoh sangat orang tu ?" "Busuknya hati kau" "Majulah bukak mata luas-luas" "Kenapa perlu macamtu ?" "Eh , betul jugak kan , kenapa lah aku tak fikir macamtu kan" Banyak laaa benda dalam otak neyh dok berpfikir je .. Haishhh kehidupan kehidupan .. Buat aku jadi GILA.. #apayangakumerepektaktahu

Friday, March 23, 2012

Aryan Rayqal Abadi

Assalamualaikum & hello :D Ketemu lagi kita . Hihi.. Long time tak berblogging . Agak kerinduan... Agak ke'busy'an jugak laa.. Huu.. Korang mesti pelik why my Title Post "Aryan Rayqal Abadi". Disebabkan agak lama tak entry kat sini.. Masz nak kenalkan org baru dlm hidup Masz, family Masz :) By the way perkenalkan my little cute baby boy "Aryan Rayqal Abadi".
Weee.. comey tak ? comey tak ? By the way inilah anak sulung my sis yg dah kahwin tu . So, senang cite, neyh anak buah Masz laa.. Dilahirkan pada tarikh 19 February 2012 pada jam 6.47ptg.. Nak jadikan cerita agak 6jam jugak la my sis bertarung.. Tapi disebabkan hanya buka 3inci je ruang utk bersalin tu, so my sis memang time tu saket sangat . So, dia buat keputusan nak operate je.. Alhamdulillah semuanya SELAMAT.. Syukur sangat. Bukan main happy sangat Masz dapat tau.. Tapi yg tak bestnya Masz tak dapat jenguk pada hari my sis selamat lahirkan baby Rayqal.. Time tu Masz kat KL lg.. Kerja, then tade cuti :( Dalam 20hari umur baby Rayqal barulah Masz dapat balik Ipoh tengok . Plus, my sis memang berpantang kat rumah parents Masz.. So, senang nak tengok . Hihi.. Comel sangat.. Badan keras tak lembik mcm baby lain . Garang pulak tu..
Haaa yg ini pulak masa baby Rayqal 20hari.. Hari yg Masz balik Ipoh.. Best sangat dapat dukung baby Rayqal :D Apapun semoga baby Rayal jadi anak yg soleh, taat pada ibu/bapa.. Aminnn.. :)

Thursday, February 16, 2012

✿ Sorry , saya busy :(

Fuhhh..
Tersangat lah busy this semester . Kerja lagi , assignments lagi..
Sabar aje laa.. Kenapa hilang semua idea-idea yang aku nak design ???
Kalau takde assignments idea mencurah-curah.. Betul-betul dugaan yang aku terpaksa sabar.. Ini lah yang dikatakan kehidupan..

"Your vision will become clear only when you look into your heart... Who looks outside , dreams . Who looks inside , awakens"

Apa yang penting skrg semua assignments aku kena settle kan jugak even macam mana pun .
Slow slow & take your time Masz..

Sampai skrg aku nak release kan serabut kepala otak neyh dengan pasang lagu-lagu yang ada dalam listing dalam lappy aku neyh.. Maybe tak boleh focus sebab buat kerja tapi dalam kepala fikir benda lain . Macam-macam aku fikir skrg neyh . Tak tahu laa kenapa :(

Sampai terlalu obses dengan assignments yang banyak , sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Waduhhh.. Sudah parahhh...
Emmm , then lately agak kegawatan ekonomi sikit laa.. Aiyoo..
Time time macam ni laa semua nak guna duit . Sabor aje laa..
Takpe laa , dugaan . What ever it is , sabar , tabah then lalui laa jugak nak buat macam mana . Kena laa redha..

Aku ngaku bila kerja sambil belajar memang amat amat laaa meletihkan . Seriously..
Sangat letih . Kadang-kadang tu rasa macam tak dapat rest langsung.. tapi bila fikir balik , if tak kerja susah la jugak . Banyak benda nak settle kan tambah-tambah dengan outstanding kat kolej tu lagi .. Macam-macam laa.. semua hanya "DUIT" . Bosan sungguh .. Kalau hidup neyh takde DUIT susah jugak . Ada DUIT pun susah jugak . heeeisshhh tak faham lah.. Lumrah Kehidupan . Akur aje laa..

Thursday, February 9, 2012

✿ Adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?




Adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?
Adakah anda nampak perbezaan liang lahad org kaya dan miskin?
Adakah anda nampak perbezaan lebar lubang kubur org kaya dan miskin?

Tiada perbezaankan? ... sama sahaja...
Jangan bangga pada status...
Jangan pandang hina orang miskin...
Kita semua sama disisi Allah S.W.T.

Sultan, Raja, Perdana Menteri, Menteri,
Ulama', Ustaz, Ustazah.... Kita semua sama di depan ALLAH nanti..

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

(Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)

Friday, February 3, 2012

✿ Hadiah apa yg patut diberi ??

Sekarang neyh aku tengah fikir.. Fikir nak bagi present ape nanti untuk birthday my didiey 7 Feb nextweek . Nak bagi jam dye baru aje beli.. Nak bagi baju mcm simple sangat . Nak bagi beg kulit tak tau nak pilih takut dye tak suka pulak , takut bukan taste dye . Nak bagi jacket or sweater pun same , takut bukan taste dye :(

Pening nak fikir . Ingat nak bagi wallet yg sekali 1set dengan belt tuu.. Agak2 okay tak ? Tapiiii... tak pandai laa nak pilih . Macam mane ye ?

Then brand ape pulak yg nak bagi ? Tak pandai betul aku nak bagi present kalau barang2 lelaki neyh . If , barang2 perempuan senang aje . Huhuu.. Then gaji aku pulak 15hb . Then dye pun macam tak cuti je :(

Bila agak nya nak celeb 2orang aje dengan dye ha ? Then nak belanja dye makan ape ? Dekat mana ? Haiihh , tak pandai betul laa aku bab-bab macam neyh :(
Kena betul2 laa aku manage . Apa yg aku bagi kat dye mungkin tak seberapa , hope dye suka laa.. Apa yg akau mampu aje yg aku boleh bagi...

Excited tunggu hari kelahirannya . Syggsss didiey.. Kiss.. Hugs. ♥

Wednesday, January 25, 2012

✿ Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda

Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah.

Sahabat,

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
Kerana apa…?
Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman..

Sahabat,

Tenang-tenangkanlah dirimu.
Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
Sabarlah dengan ujian hidupmu.
Kerana akhirat itu yang lebih utama..

✿ I'm always beside youu...

Hmm , tade mood nak entry kat sini . Tapi rasa GERAM sangat .
Daripada aku saja nak merajuk jadi tak jadi pulak . Dengar pulak berita lain . Kesian dye kena settle kan masalah sorang2 . Aku nak tolong pun tak tahu macam mane . Malam tadi my sygs kereta kena pecah time balik kerja singgah makan dekat Pelita, Jln Ampang.. Time nak balik tengok cermin kereta kena pecah . Haishhh.. sape lah yang jahat sangat perangai neyh haah ?

Habis beg , sweater & headset kerja dia kena ambil . Headset kerja dia penting pulak tuu.. Kalau tade macam mane nak kerja ?? Tak pasal2 kena ganti RM300 =.='
Aku nak tolong pun aku pun bukan mampu sangat . Then nak kena fikir pasal cermin kereta tu lagi nak pulak mahal... Kesiannya diaaaa :(

Reort polis dah buat , hope ade tindakan yg sewajarnya pada yang buat jahat tu !
ape la musibah yg dia dapat macamni.. Dah benda nak jadi nak buat macam mana kan ? Hope family dia faham.. Then aku memang menyumpah sape yg buat kerja JAHAT tu ! Biar lah kau mampus kena lenyek dengan lori tak sempat nak mengucap ON THE SPOT !!!
Aminnnnnnn...

Ya Allah , kau berikanlah kekuatan , keberanian , ketabahan , kesabaran untuk dia menempuh semua ujian darimu Ya Allah.. Semoga kau berilah petunjuk cara untuk dia menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang ini Ya Allah.. Permudahkan lah jalan untuknya menyelesaikan masalahnya Ya Allah... Aminn Yaa Rabbal Alaminnn..


Ini lah pintu kereta sebelah kiri yang kena pecah tuu...

Monday, January 23, 2012

✿ Home Sweet Home

Assalamualaikum wbt :)

Diharap semuanya baik-baik kehendaknya..
Mohon ampun & maaf oleh kerana agak busy sikit dah lama tak enrty kat sini .
Busy kerja , huhu..

Btw , now adalah semester break . So , now aku berada di Ipoh . My hometown Home sweet home.. Orang dah start balik cuti last week , aku baru lah nak balik cuti . Nak buat macam mane ada kerja . So , tangguhkan lah dulu cuti tuu.. cari duit lebih sikit . Now , sudah berada di Ipoh . Cuti dlm seminggu je . Then habis cuti cam biasa start keje , start new semester . Kerja sambil belajar , ujian yang harus aku lalui.. Diharap aku dapat manage masa pergi ke kolej & kerja . Hope tak penat nak lalui semua neyh.. Aminnn..

Apa yang aku nak buat cuti selama dekat Ipoh neyh ? Hmm , nak MAKAN sepuas-puasnya . Nak repeat balik coz time aku kerja tak balik cuti neyh waktu makan aku agak sempit sikit.. Inilah masanya nak repeat balik . Huhuhuuuu..

Dapatlah luangkan masa dengan family pulak kan . Masa tu perlu diadili dengan betul..
Apa-apa masalah yang ada aku tak nak fikir , sekarang adalah masa untuk aku rest & bercuti . Heeee :D

Sunday, January 8, 2012

✿ Get well soon MAK..

Today tepat jam 1PM , aku dapat msg dari adik aku eja..
"mak demam teruk kat umah"
Time tu aku kerja , so aku tak dapat nak reply time tu..
Around 2PM aku rest , aku try call adik aku tanya tentang kesihatan emak aku..
Tapi tak dijawab pulak . Then lama sikit aku try call again . Adik aku pick up then dia suruh aku call mak aku . Heishh time time camtu laa kredit neyh low . Dekat situ tade org jual topup la pulak . Okay , aku terpaksa tunggu balik kerja , terus topup then call . Tapi time tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa susah hatinya aku . Hati rase nak balik tapi dengan kerja lagi , exam lagi tak habis.. Apa2 pun aku doakan kesihatan yang terbaik untuk Mak aku . Dalam hati tanpa berhenti doakan semoga Mak aku cepat sihat .

Sharp 6.30PM , masa untuk balik dari kerja . Mana abg asri neyh.. Time time tu laa dia pergi dekat store . Terpaksa tunggu kejap coz dekat counter tade sape yang jage . 6.50PM , tape laa Ah Yen counter sebelah boley tgk kan sekejap . Aku terus chow jalan macam org separuh gila . Stop pergi kedai print assignment dulu then terus pegi topup then balik naik ats sampai rumah . Terus bukak baju , pergi dekat balcony then terus call Mak aku .

My brother Khalid yg pickup.. Aku minta nak bercakap dengan Mak aku . Pilunya hati neyh bila dengar suara Mak . Serak sangat sampai aku tak boley faham apa yg dia cakap . Sakit tekak Mak cakap then time tu Mak tengah makan .. Then bising lak time tu , lagi la kurang jelas dengar Mak aku cakap . tape la , esok aku try call lagi tanya khabar . Susah hati sampai sekarang neyh.. :(

Ya Allah Ya Tuhan ku , hanya padamu aku berserah , aku bermohon , aku berdoa..
Kau sembuhkan lah penyakit yang dilalui oleh emak aku . Semoga kesihatannya cepat sembuh . Kau berikanlah kesihatan yang terbaik padanya . Kau berilah dia kekuatan , kesabaran , ketabahan untuk lalui semuanya Ya Allah.. Berikanlah kesembuhan padanya agar aku dapat lihat semula keriangan pada wajahnya Ya Allah.. Aminn Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, January 3, 2012

✿ 2012 sedang menguji aku

Happy New Year 2012 :)

Say Good Bye to 2011 . Tata.. :)

Tahun 2012 , hanya beberapa hari sahaja sudah mula menguji aku . Okay , I'll prove it !
What ever yang aku lakukan aku harus kuat , tabah untuk hadapi segala ujian , dugaan yang diterima tahun ini .. May Allah Bless me . Aminnnn...

Tahun yang bagi aku agak mem'busy'kan aku . Okay , aku harus rintanginya jua !
Apa yang aku harapkan , aku impikan diharap semuanya bermula dengan Bismillah & disudahi dengan Alhamdulillah ..

Segala yang datang remeh-temeh bagi aku , aku perlu tolak ke tepi . Aku hanya perlu tuju pada tujuan asal aku untuk masa hadapan aku . Hari ini aku telah diuji . Tapi aku happy . Beberapa staff memuji dengan kerja yang aku lakukan . Aminnn.. Aku syukur sangat :)
Even betapa letih , banyak kerja yang harus dilakukan , aku redha . Bagi aku ini adalah dugaan yang harus aku lalui untuk mencari rezeki .

To my muncet syg , hunny akan buktikan apa yang diey ckp kan malam tahun baru tu . Hunny akan BUKTIKAN . I PROMISE ! :)