the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Wednesday, January 25, 2012

✿ Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda

Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah.

Sahabat,

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
Kerana apa…?
Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman..

Sahabat,

Tenang-tenangkanlah dirimu.
Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
Sabarlah dengan ujian hidupmu.
Kerana akhirat itu yang lebih utama..

✿ I'm always beside youu...

Hmm , tade mood nak entry kat sini . Tapi rasa GERAM sangat .
Daripada aku saja nak merajuk jadi tak jadi pulak . Dengar pulak berita lain . Kesian dye kena settle kan masalah sorang2 . Aku nak tolong pun tak tahu macam mane . Malam tadi my sygs kereta kena pecah time balik kerja singgah makan dekat Pelita, Jln Ampang.. Time nak balik tengok cermin kereta kena pecah . Haishhh.. sape lah yang jahat sangat perangai neyh haah ?

Habis beg , sweater & headset kerja dia kena ambil . Headset kerja dia penting pulak tuu.. Kalau tade macam mane nak kerja ?? Tak pasal2 kena ganti RM300 =.='
Aku nak tolong pun aku pun bukan mampu sangat . Then nak kena fikir pasal cermin kereta tu lagi nak pulak mahal... Kesiannya diaaaa :(

Reort polis dah buat , hope ade tindakan yg sewajarnya pada yang buat jahat tu !
ape la musibah yg dia dapat macamni.. Dah benda nak jadi nak buat macam mana kan ? Hope family dia faham.. Then aku memang menyumpah sape yg buat kerja JAHAT tu ! Biar lah kau mampus kena lenyek dengan lori tak sempat nak mengucap ON THE SPOT !!!
Aminnnnnnn...

Ya Allah , kau berikanlah kekuatan , keberanian , ketabahan , kesabaran untuk dia menempuh semua ujian darimu Ya Allah.. Semoga kau berilah petunjuk cara untuk dia menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang ini Ya Allah.. Permudahkan lah jalan untuknya menyelesaikan masalahnya Ya Allah... Aminn Yaa Rabbal Alaminnn..


Ini lah pintu kereta sebelah kiri yang kena pecah tuu...

Monday, January 23, 2012

✿ Home Sweet Home

Assalamualaikum wbt :)

Diharap semuanya baik-baik kehendaknya..
Mohon ampun & maaf oleh kerana agak busy sikit dah lama tak enrty kat sini .
Busy kerja , huhu..

Btw , now adalah semester break . So , now aku berada di Ipoh . My hometown Home sweet home.. Orang dah start balik cuti last week , aku baru lah nak balik cuti . Nak buat macam mane ada kerja . So , tangguhkan lah dulu cuti tuu.. cari duit lebih sikit . Now , sudah berada di Ipoh . Cuti dlm seminggu je . Then habis cuti cam biasa start keje , start new semester . Kerja sambil belajar , ujian yang harus aku lalui.. Diharap aku dapat manage masa pergi ke kolej & kerja . Hope tak penat nak lalui semua neyh.. Aminnn..

Apa yang aku nak buat cuti selama dekat Ipoh neyh ? Hmm , nak MAKAN sepuas-puasnya . Nak repeat balik coz time aku kerja tak balik cuti neyh waktu makan aku agak sempit sikit.. Inilah masanya nak repeat balik . Huhuhuuuu..

Dapatlah luangkan masa dengan family pulak kan . Masa tu perlu diadili dengan betul..
Apa-apa masalah yang ada aku tak nak fikir , sekarang adalah masa untuk aku rest & bercuti . Heeee :D

Sunday, January 8, 2012

✿ Get well soon MAK..

Today tepat jam 1PM , aku dapat msg dari adik aku eja..
"mak demam teruk kat umah"
Time tu aku kerja , so aku tak dapat nak reply time tu..
Around 2PM aku rest , aku try call adik aku tanya tentang kesihatan emak aku..
Tapi tak dijawab pulak . Then lama sikit aku try call again . Adik aku pick up then dia suruh aku call mak aku . Heishh time time camtu laa kredit neyh low . Dekat situ tade org jual topup la pulak . Okay , aku terpaksa tunggu balik kerja , terus topup then call . Tapi time tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa susah hatinya aku . Hati rase nak balik tapi dengan kerja lagi , exam lagi tak habis.. Apa2 pun aku doakan kesihatan yang terbaik untuk Mak aku . Dalam hati tanpa berhenti doakan semoga Mak aku cepat sihat .

Sharp 6.30PM , masa untuk balik dari kerja . Mana abg asri neyh.. Time time tu laa dia pergi dekat store . Terpaksa tunggu kejap coz dekat counter tade sape yang jage . 6.50PM , tape laa Ah Yen counter sebelah boley tgk kan sekejap . Aku terus chow jalan macam org separuh gila . Stop pergi kedai print assignment dulu then terus pegi topup then balik naik ats sampai rumah . Terus bukak baju , pergi dekat balcony then terus call Mak aku .

My brother Khalid yg pickup.. Aku minta nak bercakap dengan Mak aku . Pilunya hati neyh bila dengar suara Mak . Serak sangat sampai aku tak boley faham apa yg dia cakap . Sakit tekak Mak cakap then time tu Mak tengah makan .. Then bising lak time tu , lagi la kurang jelas dengar Mak aku cakap . tape la , esok aku try call lagi tanya khabar . Susah hati sampai sekarang neyh.. :(

Ya Allah Ya Tuhan ku , hanya padamu aku berserah , aku bermohon , aku berdoa..
Kau sembuhkan lah penyakit yang dilalui oleh emak aku . Semoga kesihatannya cepat sembuh . Kau berikanlah kesihatan yang terbaik padanya . Kau berilah dia kekuatan , kesabaran , ketabahan untuk lalui semuanya Ya Allah.. Berikanlah kesembuhan padanya agar aku dapat lihat semula keriangan pada wajahnya Ya Allah.. Aminn Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, January 3, 2012

✿ 2012 sedang menguji aku

Happy New Year 2012 :)

Say Good Bye to 2011 . Tata.. :)

Tahun 2012 , hanya beberapa hari sahaja sudah mula menguji aku . Okay , I'll prove it !
What ever yang aku lakukan aku harus kuat , tabah untuk hadapi segala ujian , dugaan yang diterima tahun ini .. May Allah Bless me . Aminnnn...

Tahun yang bagi aku agak mem'busy'kan aku . Okay , aku harus rintanginya jua !
Apa yang aku harapkan , aku impikan diharap semuanya bermula dengan Bismillah & disudahi dengan Alhamdulillah ..

Segala yang datang remeh-temeh bagi aku , aku perlu tolak ke tepi . Aku hanya perlu tuju pada tujuan asal aku untuk masa hadapan aku . Hari ini aku telah diuji . Tapi aku happy . Beberapa staff memuji dengan kerja yang aku lakukan . Aminnn.. Aku syukur sangat :)
Even betapa letih , banyak kerja yang harus dilakukan , aku redha . Bagi aku ini adalah dugaan yang harus aku lalui untuk mencari rezeki .

To my muncet syg , hunny akan buktikan apa yang diey ckp kan malam tahun baru tu . Hunny akan BUKTIKAN . I PROMISE ! :)