the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Friday, April 19, 2013

Remind me :)

I Regret
Nothing in my life
even in my past 
was full of hurt,
I still look back &
smile,
BECAUSE
It made me who I am
today :)

❀ Mengajar erti kehidupan

Selama 25tahun hidup di dunia ini..
Mengajar aku 1000 makna..
1000 erti kehidupan yang sebenar..
Mungkin masa yang akan datang lebih banyak yang harus ditempuhi..
Susah senang, suka duka..
Banyak yang telah aku lalui..
Yang mematang kan diri aku...
Mungkin dilihat dari luaran aku boleh tersenyum,
gelak tawa, gurau senda..
Akan tetapi didalam penuh dengan 1000 kegusaran,
ketakutan, kesedihan, kerunsingan, kekecewaan, kedukaan, kepedihan, kesakitan..
Satu persatu dugaan datang tanpa hentinya untuk menguji aku..
Aku pasrah, aku redha..
Mungkin kadangkala aku putus asa..
Tapi aku masih cuba untuk teruskan kehidupan ini..
Semua dugaan yang datang ada hikmahnya..
Aku diuji untuk mematangkan diri aku..
Aku diuji untuk menyedarkan diri aku..
Aku diuji untuk mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..
Tapi aku tahu, hanya Allah yang selalu dekat dengan aku untuk aku bangun
meneruskan hidup ini..

Tuesday, February 12, 2013

Cuti-cuti Malaysia with family :D

Assalammualaikum :)

Nak share sikit masa cuti Raya Cina ni apa aktiviti yang aku buat.
Of course lah with familia..
Tanpa merancang sangat percutian ni, maka kita orang pun pergilah bercuti.
Nak diikutkan merancang nak pergi Pulak Langkawi.
Tapi faham-faham lah kalau kita merancang selalunya tak menjadi..
Haa yang ini kira ikut gerak hati je.
Mak kata jom pergi Pulau Pinang..
Maka kami pun ikutkan ajelah..

Tempat yang kita orang pergi kat Pulau Pinang,
Bukit Bendera dengan Batu Feringgi je..
Itu pun kita orang gerak agak lewat jugak lah..
Plus, jalan jem sebab cuti kan..


Haaa yg ini pic masa nak pergi naik bukit bendera..
Nak beli ticket punyalah kena beratur panjang.
Manusia punyalah ramai gilaaa.. Panas pulak time tu.. Perghh..
Berpeluh segalanya. HAHA..

 Eheemm..
Hehe..
Handsome tak? Jenjalan sambil cuci mata..
Dapat lah sorang... HAHA
By the way pic ni secara tidak sengaja..
Macam mana aku boleh ter'snap pulak..
Dan dan mat saleh ni lalu depan..
Kira rezeki lah kan.. Jodoh pun ia jugak. HAHA!


Haaa yang ini semua muka keletihan sambil beratur
menunggu giliran nak turun dari Bukit Bendera..
Macam-macam gaya dah semua haa..
Hehehe..


Haaa ini adik aku yang paling bongsu..
Dia jealous tengok orang berposing ni. 
Dia pun nak jugak haaa bagi..
Kemaen haaa..


Yeeeeehaaaaaaaaaaaa..
Mari menunggang kuda :D
Time ni kat Batu Feringgi.. 
Agak lewat kami sampai sana..
Malam dah pun time ni..
Haa dapat jugak lah merasa tunggang kuda ni.
Time malam sorang dalam RM10..
Kalau siang dorang charge mahal sikit..
Kuda ni pun dah macam penat je time kita orang tunggang..
Rinduuu kamu lah kuda :D

Haaaa.. after main-main tepi laut kami terus shoot pulang ke Ipoh..
Sampai rumah pun dah pukul 2pagi macam tu..
So, next vacation nak pergi laut lagi..
Insya'Allah :D


Wednesday, January 23, 2013

Kata-kata penguat jiwa..

Jangan berhenti berharap,
Karena ALLAH lebih tahu
saat yang tepat
mengabulkan permintaanmu..

Perempuan kekuatannya ialah kesabaran,
kalau kesabaran dia hilang,
pasti dia akan marah,
dan kalau marah dia dipendam,
pasti dia akan menangis..

Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita,
Maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tidak disangka..

Jika ALLAH memberimu KEDUKAAN,
Ketahuilah,
ALLAH MENCINTAIMU
dan sentiasa menunggu ucapan
PUJI dan SYUKUR
dari bibirmu..

Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang..
Adalaka kita perlu menyepi,
untuk mencari ketenangan hati..
Adakalanya kita perlu menyepi,
untuk kebaikan diri sendiri..
dan kadangkala sepi itu indah..

Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta.
Kadang-kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu
kita tak layak dengan apa yang kita minta..
Tapi bukan Allah tak bagi terus,
Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita..

Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya,
tak kira lah ia berkenaan apa sekalipun.
Yakinlah bahawa Allah akan memberi sesuatu
yang lebih baik
dari apa yang kita impikan..

Walau digenggam kuat,
andai ia bukan milik kita,
ia terlepas jua.
Walau ditolak ke tepi,
andai ia untuk kita,
ia mendatang jua. Itulah dinamakan jodoh..

Pertolongan ALLAH mungkin tidak datang terlalu CEPAT.
Tidak juga terlalu LAMBAT.
Tetapi pertolongan ALLAH selalu datang pada saat yang TEPAT.
Maka, bersabarlah wahai diri..

Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa.
Selalu ada jalan pertolongan bagi mereka yang berusaha.
Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang bertawakal.
Insya'Allah..
Yakinlah pada ALLAH..

Tidak akan terputus rezeki
seseorang itu selagi
dia tidak meninggalkan doa kepada
kedua ibu bapanya dalam seharian..


Doaku hari ini..
Aku memilih untuk bahagia..
Dengan rasa syukur pada Tuhan,
bahawa aku masih bisa bernafas..
Aku memohon diberi ketenangan dan hidayahMU..
Limpahkan rezeki dan kasih sayang untukku,
keluargaku, sahabatku,
dan insan tersayang..
aaminnn..



Regards,
Siti Nur Masturah

Friday, January 18, 2013

Ku pinta diberi kekuatan..

Assalammualaikum..

Ku pinta diberi kekuatan..
Kekuatan untuk meneruskan hidup..

Kadang terjatuh , aku cuba untuk bangun berdiri semula
Setiap detik bangun aku , amat goyahnya..
Aku masih mencuba bangun dan terus bangun..
Akhirnya aku berdiri dengan megahnya..

Tapi..

Ianya hanya seketika
Hidup beroda..
Berputar mengelilingi masa..
Setiap kehidupan pasti lalui jatuh bangun..

Dugaan menguji aku setiap saat..
Aku lemah , aku kehausan..
Aku tabah teguh meniti hari-hari dihadapan..
Aku tetap dengan pendirianku
Walaupun segala dugaan harus aku tempuhi..

Sakit!
Merana!
Penat!

Arghhh!! Itu semua kata-kata rungutan!
Bangun! Bangun! Berdiri untuk bersemuka dengan masa hadapan..
Selagi bernafas , pasti akan laluinya juga..

Dengan nama-Mu Ya Allah..
Aku berdoa..
Aku berdoa dengan tanpa rasa jemu..
Hanya nama-Mu ku sebut dibibirku..
Hanya padamu aku berserah dan berdoa..

Ya Allah..
Kau berikanlah aku kekuatan..
Untuk meneruskan hidup ini dengan dugaan yang kau berikan..
Aku redha Ya Allah..
Kau permudahkanlah segala urusanku didunia dan diakhirat..
Kau berikanlah aku petunjukmu untuk aku sering ingatimu..
Kau berikanlah aku hidayahmu Ya Allah..

Amin..
Amin Ya Rabbal Alamin..



Regards,
Siti Nur Masturah