the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Monday, May 27, 2013

Doaku untuk cintaku..

Ya Allah..
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku...
Jadikanlah dia imamku..

Ya Allah..
Jika dia yang mampu
membahagiakanku dunia dan akhirat
janganlah Engkau jauhkan dia dariku..

Ya Allah..
Jika dialah yang dapat
membawa aku ke jalanMu,
satukanlah hati kami sampai akhirat...

Ya Allah...
Jika aku adalah rusuk kirinya,
jadikanlah aku pelengkap dirinya,
pendamping paling setia,
wanita yang dia cinta,
isteri yang dia banggakan dan
ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah...
Hambamu yang jahil ini meminta, ya Allah.
Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu.
Andai telah tertulis dia bukan untukku,
kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan 
bahagiakanlah mereka, ya Allah..

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku,
aku serahkan semuanya padaMu..
Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah..
Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah..
Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. 
Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk
selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu..


0 comments:

Post a Comment