the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Sunday, December 29, 2013

2014 just around the corner..

- 2014 -
Just around the corner 

I hope 2014 will be better for my family and me as well.
May be given the blessing of life , dimurahkan rezeki yang melimpah ruah and simplified everything..
Aminn..
Diharap segala yang diimpikan dapat dilaksanakan..
Semoga tahun yang akan datang memberi ruang yang lebih baik untuk aku meneruskan kehidupan..
Dengan bantuan Allah akan menjadi lebih baik..
Makin tahun bertambah , makin usia ku juga meningkat..
Aku bersyukur atas rahmatmu dan usiaku sehingga kini..
Aminn..

Menyampah!

Hello!
Harini hari menyampah sangat..
Menyampah dengan perangai orang yang tak tau erti 'bersyukur'
Ke nak aku yang ajar apa maksud bersyukur tu?
Come on lah.. dah tua buat cara dah tua..
cakap sesedap rasa, sesuka hati je..
Gaya macam bagus! Otak letak kat mana? Lutut?
Cliche lahh.. Otak letak kat bontot mungkin!
Konon warak! Sembang tak nak jatuh!
Akidah hancurrrrrrrr!
Seteruk agama aku pun tau lagi lah cara nak bersyukur semua ni..
Aku doakan kau jatuh tersungkur.. Masa tu biar sedar erti "bersyukur" atau "menghargai" sikit..
Perangai macam apa je.. Dah tua buat cara dah tua..
Malu lah depan budak-budak muda semua ni..

Imma sooooooo hate it!

Friday, December 27, 2013

Instagaram or Instagram???

Hello you all :)

Now aku dah ada Instagram!

Jakun sekejap sebabnya baru nak buat account Instagram :p
Before this bukan tak nak buat, tapi malas je . 
Sebabnya aku tak guna Android..
Agak merugikan kalau buat Instagram ni.
Takut jarang nak on je..
Ini disebabkan rasa "teringin-teringin" tu yang membuatkan nak buat account Instagram ni..
Agak slowly sikit sebab newbie kan..
Tak berapa pandai sangat nak guna apps ni..
Slowly molly alhamdulillah boleh lah sikit-sikit :p
Ini pun on guna my mom phone je..
Hehe.. 
Haaa ini aku on guna laptop je . Kelemahannya, tak boleh upload pictures .
Nak puas hati , kenalah guna phone android sahaja .  ahha .


Saturday, December 21, 2013

Emak..

Aku hanya ada seorang.. Emak..
Emak yang aku kasihi, sayangi, hormati..
Emaklah ayah kepada aku juga..
Yang membesarkan aku dengan adik aku sehingga kami dewasa..
Setiap penderitaanmu kami akan sentiasa ada disisimu..
Akan sentiasa mendoakanmu..
Pengorbananmu tidak terbalas dengan apa cara sekalipun..
Emak..
Seorang yang kuat, tabah mengharungi semua dugaannya..
Aku banga mempunyai seorang emak yang sangat kuat!
Sayang Mak!!!

Dugaan apakah ini?

Ya Allah Ya Tuhanku..
Dugaan apakah yang sedang kau berikan ini Ya Allah?
Apakah apa yang aku dengar adalah suatu jawapan atau bukan?
Aku tidak tahu bagaimana rasa perasaan aku sekarang ini.
Adakah aku perlu marah? Sedih? Menangis atau sebaliknya?
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau lindungilah keluargaku..
Kau permudahkanlah segalanya..
Kau berikanlah kekuatan, Keberanian, Ketabahan & Kesabaran untuk kami kesekeluarga Ya Allah..
Jika benar ini ujianmu yang sudah tertulis, aku bermohon, berdoa padamu Ya Allah supaya kami dapat
menyelesaikannya dengan baik.. Dipermudahkan semuanya.. Aminn..
Aku tidak mahu melihat ibuku menangis, Aku tidak mahu melihat kesengsaraannya..
Aku tidak mahu melihat keperitan atau kekecewaan padanya.
Setiap penderitaan yang dilaluinya aku turut merasainya Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau berikanlah kami petunjuk Ya Allahh..
Bahagiakanlah keluargaku.. lindungilah kami..
Sesungguhnya aku tidak ingin semua ini terjadi Ya Allah..

Thursday, December 19, 2013

IMISSYOU!

Hello my dear,
Nak bagitahu ni.. IMISSYOUSOMUCH!
...deep deep deep deep...
Thanks sebab bertahan dengan karenah your sayangs ni..
its been 3 years dah kan? pejam celik pejam celik,
next month dah jadi next year dah..
Umur pun kian meningkat!
Sakit hati & stress bila fikirkan umur..
Sebab tak suka bila orang akan mention pasal "KAHWIN"
Bila nak kahwin lah itu lah ini lah..
Hello??? Jodoh semua ALLAH dah tentukan..
Hanya cepat & lambat je..

Vacancy please ?

Assalammualaikum..
Nak cerita sikit.. Ada kekosongan pekerjaan tak? HAHA #tetiba
I really really reallly need a job!
Sebab sekarang dah banyak komitmen..
Nak bayar itu, ini..
Macam-macam nak guna duit..
Kerja takde camne nak tanggung semua komitmen ni?

Helppp meeeeeeeeeeee!!

Monday, November 11, 2013

Apa maksud BFF?


Assalammualaikum..

Tajuk harini adalah "Apa maksud BFF?"
Penting ke maksud tu ?
BFF bermaksud "Best Friend Forever"
Btw, wujud lagi ke maksud tu ?
Yang sedang bermain difikiran aku sekarang ni haa..
Ada kawan tapi macam tak ada..
Adakah aku yang tak pandai berkawan atau pun kawan aku yang 
tak suka berkawan dengan aku ?
Itu persoalannya..
Ayat "Kawan bila susah datang dekat, bila mereka senang mereka hilang"
Dah jemu dengar ayat tu tapi itulah hakikatnya..
Perlu ke kita yang harus terhegeh mencari mereka sedangkan mereka
tak peduli akan kewujudan kita ? Perlu ke ?

Itu persoalannya..

Saturday, October 5, 2013

Ya ALLAH kau ajari aku..





YA ALLAH,AJARI AKU..


Ajari aku IKHLAS untuk dapat merelakan

Ketika aku harus KEHILANGAN..

Ajari aku SABAR untuk bisa menerima

Ketika hatiku TERLUKA..

Ajari aku TEGAR menghadapi semuanya

Ketika aku dalam UJIAN..

Ajari aku tuk tetap TERSENYUM menyembunyikan segalanya
Ketika aku dalam MASALAH..

Ajari aku untuk bisa BERSYUKUR atas segala nikmat yang kuterima
Ketika kutengah BAHAGIA..

Ajari aku ERTI Ikhlas dan Redha atas segala yang telah ENGKAU tetapkan..

Aamiin Yaa Rabbal'Alamiin

Thursday, October 3, 2013

Such a wonderful day with HIM :)

"29 SEPTEMBER 2013 | Ahad"

Assalammualaikum..
Heyyooooo semuaaaaaaa :D

Taraaaaa..
Hari yang sangat bermakna dan menggembirakan..
Excited gila hari itu..
Kami PINKY !
Sama color iaitu PINK!
Sebab?
Tema wedding officemate dia color PINK!
That's why laaa :D
Perjalanan kami yang mengambil masa 2jam untuk sampai di IPOH.
Mana tak excited..
1st time kami berjalan jauh even still kat Ipoh my hometown.
HAHAHA
Memang tak tau nak bawa my sayang ke mana jenjalan kat IPOH tu..
Sebabnya after Wedding kami jenjalan la..
Tau tau aje lah IPOH.. Takde apa yang menarik sangat nak dikunjungi :p
Just ronda town ,
Lepak pekena laksa kat Padang POLO je..
Lepas tu jenjalan buat pusingan je kat Padang IPOH tu..
Sambil tu makan aiskrim. Ooyeahh..
So sweet :p
Terserlah caring my sayang tu dekat saya.. ohh cooo cuweet :p
Even balik hari je.. 
Ikutkan hati nak shoot ke PENANG..
Tapi memandangkan ongkos nye kureng sikit..
Kita orang just decide next time maybe Vacation ke PENANG.
yeayyy..
Imma HAPPY GIRL !!!

REALLY REALLY REALLY HEART HIM
ASYRAF BIN ADENAN

Wednesday, September 18, 2013

Imma So Excited! :p

Assalammualaikum :D

Imma Soooooo Excited you knowwww!
You know what ? Cer teka! Heee..
Aku rasa tak sabarrrrrr sangatttt nak jenjalan jauh dengan my sayangs .
Padahal nak pergi Ipoh je.. My hometown!
Ehh.. tapi bukan pergi my homeee!
But , ikutan my sayangs pergi Kenduri Kahwin officemate dia..
Officemate dia pun memang orang Ipoh jugak !
Memang we'all tak pernah lah berdua jenjalan jauh even 3hours !
ahah hahah haha.. Kesiann kan? Nak buat macam mana jarang berjumpa :)
That's why macam excited sikit :p
Hopefully semuanya berjalan dengan baik.. 
Hope perjalanan kami pergi & balik dengan selamat!
Tak sabar nak pakai baju sama color PINK!
Actually tema memang PINK pun.. heee..


Imma Happy Girl ! Really love him :)

Monday, May 27, 2013

Doaku untuk cintaku..

Ya Allah..
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku...
Jadikanlah dia imamku..

Ya Allah..
Jika dia yang mampu
membahagiakanku dunia dan akhirat
janganlah Engkau jauhkan dia dariku..

Ya Allah..
Jika dialah yang dapat
membawa aku ke jalanMu,
satukanlah hati kami sampai akhirat...

Ya Allah...
Jika aku adalah rusuk kirinya,
jadikanlah aku pelengkap dirinya,
pendamping paling setia,
wanita yang dia cinta,
isteri yang dia banggakan dan
ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah...
Hambamu yang jahil ini meminta, ya Allah.
Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu.
Andai telah tertulis dia bukan untukku,
kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan 
bahagiakanlah mereka, ya Allah..

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku,
aku serahkan semuanya padaMu..
Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah..
Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah..
Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. 
Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk
selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu..


Friday, April 19, 2013

Remind me :)

I Regret
Nothing in my life
even in my past 
was full of hurt,
I still look back &
smile,
BECAUSE
It made me who I am
today :)

❀ Mengajar erti kehidupan

Selama 25tahun hidup di dunia ini..
Mengajar aku 1000 makna..
1000 erti kehidupan yang sebenar..
Mungkin masa yang akan datang lebih banyak yang harus ditempuhi..
Susah senang, suka duka..
Banyak yang telah aku lalui..
Yang mematang kan diri aku...
Mungkin dilihat dari luaran aku boleh tersenyum,
gelak tawa, gurau senda..
Akan tetapi didalam penuh dengan 1000 kegusaran,
ketakutan, kesedihan, kerunsingan, kekecewaan, kedukaan, kepedihan, kesakitan..
Satu persatu dugaan datang tanpa hentinya untuk menguji aku..
Aku pasrah, aku redha..
Mungkin kadangkala aku putus asa..
Tapi aku masih cuba untuk teruskan kehidupan ini..
Semua dugaan yang datang ada hikmahnya..
Aku diuji untuk mematangkan diri aku..
Aku diuji untuk menyedarkan diri aku..
Aku diuji untuk mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..
Tapi aku tahu, hanya Allah yang selalu dekat dengan aku untuk aku bangun
meneruskan hidup ini..

Tuesday, February 12, 2013

Cuti-cuti Malaysia with family :D

Assalammualaikum :)

Nak share sikit masa cuti Raya Cina ni apa aktiviti yang aku buat.
Of course lah with familia..
Tanpa merancang sangat percutian ni, maka kita orang pun pergilah bercuti.
Nak diikutkan merancang nak pergi Pulak Langkawi.
Tapi faham-faham lah kalau kita merancang selalunya tak menjadi..
Haa yang ini kira ikut gerak hati je.
Mak kata jom pergi Pulau Pinang..
Maka kami pun ikutkan ajelah..

Tempat yang kita orang pergi kat Pulau Pinang,
Bukit Bendera dengan Batu Feringgi je..
Itu pun kita orang gerak agak lewat jugak lah..
Plus, jalan jem sebab cuti kan..


Haaa yg ini pic masa nak pergi naik bukit bendera..
Nak beli ticket punyalah kena beratur panjang.
Manusia punyalah ramai gilaaa.. Panas pulak time tu.. Perghh..
Berpeluh segalanya. HAHA..

 Eheemm..
Hehe..
Handsome tak? Jenjalan sambil cuci mata..
Dapat lah sorang... HAHA
By the way pic ni secara tidak sengaja..
Macam mana aku boleh ter'snap pulak..
Dan dan mat saleh ni lalu depan..
Kira rezeki lah kan.. Jodoh pun ia jugak. HAHA!


Haaa yang ini semua muka keletihan sambil beratur
menunggu giliran nak turun dari Bukit Bendera..
Macam-macam gaya dah semua haa..
Hehehe..


Haaa ini adik aku yang paling bongsu..
Dia jealous tengok orang berposing ni. 
Dia pun nak jugak haaa bagi..
Kemaen haaa..


Yeeeeehaaaaaaaaaaaa..
Mari menunggang kuda :D
Time ni kat Batu Feringgi.. 
Agak lewat kami sampai sana..
Malam dah pun time ni..
Haa dapat jugak lah merasa tunggang kuda ni.
Time malam sorang dalam RM10..
Kalau siang dorang charge mahal sikit..
Kuda ni pun dah macam penat je time kita orang tunggang..
Rinduuu kamu lah kuda :D

Haaaa.. after main-main tepi laut kami terus shoot pulang ke Ipoh..
Sampai rumah pun dah pukul 2pagi macam tu..
So, next vacation nak pergi laut lagi..
Insya'Allah :D


Wednesday, January 23, 2013

Kata-kata penguat jiwa..

Jangan berhenti berharap,
Karena ALLAH lebih tahu
saat yang tepat
mengabulkan permintaanmu..

Perempuan kekuatannya ialah kesabaran,
kalau kesabaran dia hilang,
pasti dia akan marah,
dan kalau marah dia dipendam,
pasti dia akan menangis..

Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita,
Maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tidak disangka..

Jika ALLAH memberimu KEDUKAAN,
Ketahuilah,
ALLAH MENCINTAIMU
dan sentiasa menunggu ucapan
PUJI dan SYUKUR
dari bibirmu..

Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang..
Adalaka kita perlu menyepi,
untuk mencari ketenangan hati..
Adakalanya kita perlu menyepi,
untuk kebaikan diri sendiri..
dan kadangkala sepi itu indah..

Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta.
Kadang-kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu
kita tak layak dengan apa yang kita minta..
Tapi bukan Allah tak bagi terus,
Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita..

Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya,
tak kira lah ia berkenaan apa sekalipun.
Yakinlah bahawa Allah akan memberi sesuatu
yang lebih baik
dari apa yang kita impikan..

Walau digenggam kuat,
andai ia bukan milik kita,
ia terlepas jua.
Walau ditolak ke tepi,
andai ia untuk kita,
ia mendatang jua. Itulah dinamakan jodoh..

Pertolongan ALLAH mungkin tidak datang terlalu CEPAT.
Tidak juga terlalu LAMBAT.
Tetapi pertolongan ALLAH selalu datang pada saat yang TEPAT.
Maka, bersabarlah wahai diri..

Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa.
Selalu ada jalan pertolongan bagi mereka yang berusaha.
Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang bertawakal.
Insya'Allah..
Yakinlah pada ALLAH..

Tidak akan terputus rezeki
seseorang itu selagi
dia tidak meninggalkan doa kepada
kedua ibu bapanya dalam seharian..


Doaku hari ini..
Aku memilih untuk bahagia..
Dengan rasa syukur pada Tuhan,
bahawa aku masih bisa bernafas..
Aku memohon diberi ketenangan dan hidayahMU..
Limpahkan rezeki dan kasih sayang untukku,
keluargaku, sahabatku,
dan insan tersayang..
aaminnn..



Regards,
Siti Nur Masturah

Friday, January 18, 2013

Ku pinta diberi kekuatan..

Assalammualaikum..

Ku pinta diberi kekuatan..
Kekuatan untuk meneruskan hidup..

Kadang terjatuh , aku cuba untuk bangun berdiri semula
Setiap detik bangun aku , amat goyahnya..
Aku masih mencuba bangun dan terus bangun..
Akhirnya aku berdiri dengan megahnya..

Tapi..

Ianya hanya seketika
Hidup beroda..
Berputar mengelilingi masa..
Setiap kehidupan pasti lalui jatuh bangun..

Dugaan menguji aku setiap saat..
Aku lemah , aku kehausan..
Aku tabah teguh meniti hari-hari dihadapan..
Aku tetap dengan pendirianku
Walaupun segala dugaan harus aku tempuhi..

Sakit!
Merana!
Penat!

Arghhh!! Itu semua kata-kata rungutan!
Bangun! Bangun! Berdiri untuk bersemuka dengan masa hadapan..
Selagi bernafas , pasti akan laluinya juga..

Dengan nama-Mu Ya Allah..
Aku berdoa..
Aku berdoa dengan tanpa rasa jemu..
Hanya nama-Mu ku sebut dibibirku..
Hanya padamu aku berserah dan berdoa..

Ya Allah..
Kau berikanlah aku kekuatan..
Untuk meneruskan hidup ini dengan dugaan yang kau berikan..
Aku redha Ya Allah..
Kau permudahkanlah segala urusanku didunia dan diakhirat..
Kau berikanlah aku petunjukmu untuk aku sering ingatimu..
Kau berikanlah aku hidayahmu Ya Allah..

Amin..
Amin Ya Rabbal Alamin..



Regards,
Siti Nur Masturah

Tuesday, January 15, 2013

Sahabatku

Kini sudah tahun 2013..
Tahun dimana tahun baru untuk aku bermula kehidupan yang baru tanpa sahabat-sahabat
yang sebelum ini aku tinggal bersama..
Tahun yang lepas banyak meninggalkan seribu kenangan yang tidak akan aku lupa
sampai akhir hayat aku..
Ianya sungguh bermakna, sungguh bererti.. Penuh warna-warni untuk aku..
Kami bersama satu rumah.. selama 2 tahun lebih hidup bersama susah & senang sebagai seorang pelajar kolej.. Segala kenangan kami lalui..

Aku rinduuu.. Aku rinduu mereka Ya Allah.. Detik jam 2:06 AM | 15 Jan 2013 aku menitiskan air mata kerinduan pada mereka.. Terlalu rinduuu.. :'(

Kamariah Binti Kamaluddin

Yang ini aku panggil (Akak Ika/ Akak) Orang Johor.
Seorang yg agresif, sukakan binatang.. bagi lah kambing pun dikatanya comel..
Sangat mantap! Seorang yang berseni.. Rindu asam pedas Akak! Sedap kaw kaw!
Hall kat hostel tu memang Hak Milik akak ni lah.. Orang lain memang tak boleh ambil lah..
Penuh dengan assignments dia.. Kalau ketawa memang superb! Pontianak dengar pon menangis lari sebab tak dapat kalahkan :p
Apa yang ada pada Akak ni.. mulut, mata semuanya kecik..
Terlalu obses nak rampingkan perut tu.. Hehe.. Macam2 produk dicubanya, dibelinya..
Memang seorang yang tak kedekut, memahami kami adik2 dia kat rumah tu.. Sebab Akak ni yang paling tua. Bila nak kahwin pun tak tahu lah :p
Akak, Mona rindukan Akak.. Rindu gelak tawa Akak :'(


Ernaini Binti Mahfud

Yang ini aku panggil Anne (Budak Senget) Orang Sg.Buloh.
Seorang yang happy go lucky even sebenarnya dalam hati ada perasaan sedih..
Sangat Mantop! Seorang yang sangat gedik2 manja gitu..
Seorang yang suka cuba melawan perasaan sedih tapi pandai hide dengan berikan senyuman,
gelak tawa yang macam orang hilang akal =.='
Kalau bab goreng ikan memang aku suka sangat suruh dia sebab dia pandai goreng ikan.
Kalau aku yang goreng memang ikan tu hancur jawabnya. Hehe..
Then, suka suki panggil aku "Kuda Hitam" sebab aku suka nyanyi lagu kuda hitam. puihhh..
Kesian sebab dia selalu kena tipu oleh CINTA! Tu laaa org suruh belajar dia nak bercinta :p
Bila menyanyi masya'allah suka sengaja dibuat-buat suara macam "siottttt je dgr" =.='
Suka teman aku kat rumah.. Mekasihhh...
Rinduu kauuu budak senget :'(


Abdul Basir

Aku panggil (Arie). Orang Banting mix Kemboja.
Si budak ni seorang lah yang suka ambil berat pasal kite orang dekat rumah.
Dia anggap kami ni dah macam bini-bini dia dah katanya..
Seorang yang bertanggungjawab..
Selalu tolong kami.. Temani kami.. Sangat rapat dengan Akak Ika.
Dah macam belangkas dah dua orang ni.. Dah macam adik-beradik kandung dah..
Sekarang Arie ni dah makin berisi.. Betisnya dah macam betis telur sebab bulat semacam. HAHA!
Seorang yang paling tahan dengan karenah bini-bini dia semua. Hehe..
Tengs sangat Arie sebab selalu ambil berat pasal kami :')


Dari kiri Puteri Nur Amalina Binti Amli & Kanan Zafirah Binti Jusoh

Yang berbaju colourful tu aku panggil (Put) & Yang bertudung oren tu aku panggil (Erah)
Put orang Johor, Erah pula orang Terengganu..
Banyak kenangan manis & pahit bersama dia orang..
Orang kata yang buruk tu biar lah lepas.. Yang sekarang ni kita baik-baik kan..
Put, seorang yang suka shopping.. Memang kaki shopping. Duit habis pun sanggup!
Erah pulak kuat makan.. Bagi ajelah ape pun semua disumbatnya! 
masakkan nya memang tip top! Nak pulak singgang dengan budu!
Erah ni lah yang ajar aku nak makan budu! Itu lah kali pertama aku makan budu.. hehe..
Apepun, Kak Masz sayang korang :')


Arwah Siti Fatimah Binti Kamarudin

Aku panggil (Ct). Orang Melaka tapi asal Johor.
Arwah sudah mengadap ilahi pada 11 December 2012.. Baru sebulan pemergiannya..
Masih terasa kehilangannya..
Hanya inilah satu-satunya gambar yang aku ada bersama dia..
Semasa hayatnya, arwah seorang yang sangat kuat, tabah, suka memaksa diri even akan memenatkan dirinya.. Seorang yang ganas tapi ada lembutnya..
Sangat suka bergaya.. Manis, comel orangnya..
Sangat sukakan kedamaian.. Suka ambil berat tentang sahabatnya..
Even kadang ada kepelikkan padanya yang kadang kami sukar nak memahami..
Suka sakit.. selalu pergi hospital.. badan selalu lemah... tapi bersyukur sebab arwah mempunyai teman lelaki yang selalu ambil berat atas dirinya..
Seorang yang ramai peminat.. Disebabkan oleh kecomelannya..
Pemergiannya sangat tragis & tidak dapat kami meluahkannya.. Pergi tanpa kata-kata akhir pada kami..
Kami sangat terkilan tapi kami redha dengan pemergiannya..
Kemalangan yang meragut nyawa & adiknya tanggal 6 December 2012 tidak dapat kami lupakan..
Dia comma di hospital selama seminggu dengan hanya hidup bergantung pada mesin..
Ketika itu kami ramai2 tidak berhenti berdoa untuk dia terus berjuang bertahan..
Tapi apakan daya.. Kuasa Allah.. Allah lebih sayangkan arwah..
Kak Masz rinduuu sangattt dengan ct.. Al-Fatihah :'(


Nor Azwahida

Aku panggil (Eyda). Orang Kelantan..
Even cuma dalam setahun perkenalan kami.. Tapi terasa lama dah kenal..
Sebab duduk dalam satu bilik..
Seorang yang manja.. Pantang tengok cerita sedih memang cepatlah banjir bilik :p
Tunangan orang dah pun.. Nanti dapatlah makan nasi minyak orang Kelantan :D
Kalau kami berdua, Eyda ni la rajin teman aku pergi makan kedai "abe/ likiliki"
Sangat chubby! Sedap kalau pukul bontot dia ni.. hehe.. Ade hati nak diet tapi aku lah selalu jahat ajak pergi makan.. dah tergoda.. hehehe :p
Rinduuuuuuuu sangattttt :'(


Nur Atikah

Aku panggil (Ika). Orang Putrajaya..
Yang ini seorang lagi chubby! Ika dengan Eyda ni memang macam kembar. Muka pun dah iras-iras..
Berkepit aje dua orang ni kemana saja..
Dua-dua budak nursing.. Kalau dorang ni study memang suka tanya-tanya soalan.. Sampai kan aku dengar pun boleh jawab exam jugak kot.. Hehe..
Memang kaki bergayut... Lewat malam je bersarang atas pokok bergayut.. Tapi ni dia bergayut atas katil. Hehehehe.. Kejap dengar dia menangis lah, dengar ketawa lah.. Dah boleh aku buat novel dah kisah si Ika ni. heee... Ika ni kaki shopping! Bagi lah kat dia, memang gilaaa shopping! HAHA!
Kekadang nampak jugak lah panas baran si Ika ni.. Kekadang nampak ceria sangat. 
Senang cite semua ade lah pada Ika ni :p
RINDU LAH KAT AWAK IKA :'(



Terima Kasih untuk perkenalan kita yang singkat hanya beberapa tahun sahaja tapi penuh dengan kenangan yang tak dapat diluahkan.. Sangat bersyukur dapat kenal korang.. Diharap kita dapat jumpa lagi dimasa akan datang.. Sentiasa berdoa semoga kita semua sama-sama berjaya dalam hidup masing-masing.. Ampun & maaf jika ada buat salah silap @ kekurangan..

Korang tetap dalam ingatan.. :') 
Muwahhhhxxxx sayanggggg korangggggggg.. *bighug
Masz/ Kak Masz sayang sangat dengan korang selamanya.. 





Sunday, January 13, 2013

I Think That Way

I just need you now!

Don't judge my choices if you don't understand my reasons.

I MISS YOU! A little too much, a little too often, and a little more everyday.

One of the simplest ways to stay happy, just let go of the thing that makes you sad.

You're almost everything I have ever wanted & always make me smile, but you're also someone I feel I will never be able to have.

Someday, you will forget the hurt, the reasons you cried, and who caused the pain.

I don't know what to do but I'm never giving up on you.

Start everyday with a new hope, leave bad memories behind and have faith for a better tomorrow.

I need a hug. No, I need your hug!

A day without you is always incomplete.

Dream it. Wish it. Do it.

Dear problems, My GOD is bigger than you.