the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Saturday, August 13, 2011

✿ 3 Rahsia Wanita

Mesti ramai di antara korang yang selalu pening nak memahami perangai wanita kan ? Memang wanita ni susah untuk difahami . Susah jugak kita nak jangka apa yang diorang fikirkan.

Okay, untuk artikel kali ni akan beritahu apa yang korang PATUT TAHU tentang wanita untuk pikat , menangi hati diorang dan dapatkan cinta diorang .


1) Apa yang wanita betul-betul mahukan adalah ‘romance’!!


Jika korang betul-betul ‘syok’ kat sorang awek ni , bagi apa yang dia nak . Sesetengah lelaki akan menggelabah bila dengar perkataan ‘romance’ . ( Sila jangan berfikiran kotor okay ! ) Korang tak perlu lah susah-susah perah otak atau habiskan banyak tenaga untuk pastikan apa yang korang buat tu betul.

Biasanya , jadi romantik ni bermaksud berikan wanita perhatian yang diorang nak . Diorang cuma nak / perlu untuk dapat rasakan yang diorang ni wanita yang paling penting pada korang . Paling sweet , paling cantik dan yang paling baik dalam hati korang . Jika korang dapat cari cara untuk kukuhkan kepercayaan diorang , bukan saja dapat pikat , malah dapat jugak kekalkan diorang di sisi korang selama yang korang nak !

Romantik perlukan kos yang tinggi ? Tak jugak ! Apa yang korang perlu buat :


~ Tanya apa yang dia lalui sepanjang hari .
Contoh kalau awek korang ni student : tanya ’hari ni kelas macam mana?’

~ Bagi nota kecik (kertas kecil atau kertas memo) dengan pelbagai cara dan kaedah untuk beritahu yang dia sentiasa dalam fikiran korang
Yang ni perlukan sedikit kreativiti.

~ Jika dia masakkan makanan untuk korang , cari cara untuk beritahu ” Awak memang Terbaik! “


2) Tunjukkan yang Korang Ambil Berat!


Contoh :
~ Ajar dia bagaimana untuk buat blog tentang binatang favv dia.
~ Ajar dia bagaiman hendak install ke apa-apa shj .
~ Ajar dia supaya dia faham tentang hobi / kegemaran korang.

Pendek kata , janganlah offer kan penyelesaian je . Kena betul-betul sabar untuk terangkan dan ajar dia dari ‘A sampai Z’ walaupun bukan senang nak mengajar . Kebanyakan orang tak sabar sangat untuk mengajar atau tunjukkan cara buat . Kebanyakan orang cuma nak cepat settle . Korang boleh menangi hati dia kalau korang boleh jadi seseorang yang BERBEZA dan ISTIMEWA .



3) Wanita suka Lelaki yang Nampak Seperti ‘ Terikat ‘ dan ‘ Tak Terikat’ Dalam Masa Yang Sama.

Nampak macam korang hidup dalam dunia sendiri je . Wanita akan kagum dengan kebolehan korang ‘maintain’ kan life dunia korang DAN juga maintain kan hubungan cinta di masa yang sama . Korang tak risau banyak dan nampak macam simpan sendiri perasaan korang . Untuk jadi ‘ lelaki’ macam tu, korang kena lengkap dari segi fizikal , minda dan jiwa . Korang tahu cara nak dapatkan ‘hidup yang indah’ dan kekalkan kebahagiaan perhubungan korang dalam masa yang sama .

Knowledge is power ! Makin banyak yang korang tahu pasal wanita , tahu apa yang diorang fikir dan tahu kenapa diorang berperangai macam tu , maka korang akan semakin berjaya gembirakan dan puaskan hati pasangan korang dalam pelbagai cara .



0 comments:

Post a Comment