the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Sunday, December 4, 2011

✿ Nasi Lemak :)

Hari ini menu aku adalah Nasi Lemak . Fyi , this is the 1st time aku masak Nasi Lemak sendiri . Tapi bukan aku seorang yang menyediakannya . Aku bersama dengan housemate aku Erah . Disebabkan hanya kami sahaja yang ada dekat rumah neyh , maka kami berdua sahaja yang menyediakannya . Oleh kerana yang lain balik ke rumah parents they all . So , disebabkan dari semalam lagi teringin nak makan Nasi Lemak . Hari ini adalah masanya . Jeng jengggg.. Before aku tunjukkan fotonya , aku nak share kan resepi dahulu . Hihi .

Resepi Nasi Lemak :

Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)

3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
Boleh dihidangkan dengan telur rebus dan ikan bilis goreng.

Haaaa... jeng jenggg jenggg... inilah hasilnya . Time nak masak nasi tu laaa yang risau sikit . Takut tak cukup air , santan . Hihi . Bila dah masak alhamdulillah jadi la juga dari tak jadi langsung . Huhuuu.. Jemputttt....

0 comments:

Post a Comment