the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Saturday, December 10, 2011

✿ Punca Selsema & Cara Mengatasinya

AuuucchhhuuuuummMMMmmmmm !!!
Errrkk.. sorry.. Sejak in few days neyh , aku kurang sihat sikit . Period time ! Biasa la mood pun kurang waras.. Hihi.. Btw , flu neyh membuatkan aku rasa nak gunting aje hidung neyh . Fuhhh , geram betul . Hidung dah macam badut merah semacam . Yang tak henti-hentinya BERSIN jela kerjanyaaa.. Dengan bantuan dari google , aku try search mengenai Punca & Cara untuk mengatasinya.. Mehhh nak share kat korang..


PUNCA SELSEMA & CARA MENGATASINYA :-


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.


Gejala-gejala

Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika

Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
Elakkan
Tabiat-tabiat yang baik
Pencegahan


Amalkan gaya hidup yang sihat.
Makan makanan yang seimbang.
Senam selalu.
Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
Tidur secukupnya.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Merokok.
Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Berehat
Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
Inhalasi (sedutan).
Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.
Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.

0 comments:

Post a Comment