the blog owner

My photo
Difficult roads often lead to beautiful destinations ��

Wednesday, January 25, 2012

✿ Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda

Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah.

Sahabat,

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
Kerana apa…?
Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman..

Sahabat,

Tenang-tenangkanlah dirimu.
Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
Sabarlah dengan ujian hidupmu.
Kerana akhirat itu yang lebih utama..

0 comments:

Post a Comment